# Hantar e-mel terima kasih selepas bayaran

> Mula dari template Thank You Email on Payment untuk menghantar e-mel terima kasih bersama butiran pesanan kepada setiap pelanggan yang membayar.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/automation-thank-you-email/

E-mel terima kasih yang ringkas dan peribadi selepas bayaran membuatkan kedai kecil terasa lebih mesra, dan mengurangkan mesej "bayaran saya sudah masuk ke?". Template **Thank You Email on Payment** dalam BCL membina automasi ini untuk anda. Anda hanya perlu memilih form dan menukar ayat mesej.

## Apa yang anda perlukan

Payment form yang menerima bayaran. Contoh ini menggunakan form demo "Kopi Kampung Coffee Beans".

## Bina automasi daripada template

Template memberi anda trigger dan e-mel. Anda tetapkan form dan ayat anda sendiri:

1. Pergi ke **Automations** dan klik **Templates**.
2. Cari **Thank You Email on Payment** dan klik **Use Template**. BCL membuka automasi baru itu, yang bermula dalam keadaan off.
3. Double-click **Payment Success**. Tetapkan **Payment Source Type** kepada **Payment Form**, pilih form anda dalam **Specific Form** (atau biarkan kosong untuk semua form) dan klik **Save Trigger**.

   *(Screenshot: Payment Success Trigger Settings dengan Kopi Kampung Coffee Beans dipilih dalam Specific Form)*

4. Double-click **Send Thank You Email**. Penerimanya sudah `{email}`. Tukar subjek dan mesej kepada ayat anda sendiri, dan klik **Save Email**.

   *(Screenshot: Email Action Settings bagi Send Thank You Email dengan subjek dan mesej)*

5. Klik **Rename** untuk memberi nama anda sendiri, klik **Update Automation**, kemudian **Activate** dan sahkan.

Workflow yang sudah siap:

*(Screenshot: Canvas workflow dengan Payment Success disambungkan kepada Send Thank You Email)*

Versi mesej dalam akaun demo:

```text
Hi {name},
Thank you for your order! We've received your payment successfully.
Order Number: {order_number}
Amount Paid: {amount}
Payment Method: {payment_method}
Your order is now being processed. We'll notify you once it's ready.
Best regards,
{business_name}
```

Subjek: `Thank you for your Kopi Kampung order #{order_number}`.

## Uji automasi

Semak resipi ini dengan run ujian sebelum anda bergantung kepadanya:

1. Dalam langkah e-mel, masukkan alamat anda di bawah **Test Email** dan klik ikon hantar untuk melihat contoh.
2. Buat pembelian ujian pada form itu dalam Test Mode.
3. Buka automasi itu dan klik **Overview**. Pembelian itu dipaparkan dalam **Execution History**. E-mel yang berjaya dihantar dipaparkan sebagai **Completed**.

   *(Screenshot: Execution History dengan run terkini ditanda)*

## Tips

Beberapa cara untuk mendapat lebih banyak daripada resipi ini:

- **Tambah sesuatu yang berguna, bukan sekadar terima kasih.** Contohnya bila pesanan akan dihantar, cara menghubungi anda, atau tip penjagaan produk.
- **Guna `{product_table}`.** Variable ini menyenaraikan apa yang dibeli, dengan butang **Access** untuk item digital.
- **Gandingkan dengan e-mel penghantaran.** Lihat [Hantar nombor tracking apabila pesanan dihantar](/ms/automation-shipping-update/).

## Isu biasa

### BCL sudah menghantar e-mel bayaran. Kenapa perlu tambah e-mel terima kasih?

E-mel standard BCL ialah resit. E-mel terima kasih dalam ayat anda sendiri, dengan gaya dan langkah seterusnya, mengeratkan hubungan dengan pelanggan. Jika dua e-mel terasa terlalu banyak, anda boleh off-kan e-mel success standard dalam Notification Settings form itu.

### Bagaimana saya hantar e-mel ini untuk satu rangkaian produk sahaja?

Double-click trigger itu dan pilih form dalam Specific Form, atau tambah Condition dengan Product ID selepas trigger.
