# Cipta servis booking

> Cipta servis yang pelanggan boleh tempah. Pilih satu daripada lima jenis servis, kemudian tetapkan harga, tempoh, kapasiti, staf dan peraturan.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/booking-services/

Servis ialah apa yang pelanggan tempah: kelas latte art, potong rambut, meja untuk empat orang, tiket muzium atau bilik. Setiap servis ada jenis, harga, tempoh dan kapasiti. Kemudian anda tambah servis itu kepada booking form.

## Sebelum anda mula

Untuk servis **Appointment**, tambah staf yang memberikan servis itu dahulu. Lihat [Tambah staf booking](/ms/booking-staff/). Jenis lain tidak memerlukan staf.

## Cipta servis

Setiap servis disediakan pada page yang sama, dengan enam tab di sebelah kiri:

1. Pergi ke **Bookings** → **Services** dan klik **New booking service**.

   *(Screenshot: Senarai Booking Services dengan butang New booking service ditanda)*

2. Di tab **Details**, masukkan **Service Name** dan pilih **Service Type**. Klik **Guide** di sebelah ruangan itu untuk perbandingan jenis-jenis servis secara bersebelahan. **Notes** dan **Service Image** dipaparkan kepada pelanggan semasa mereka memilih servis.

   *(Screenshot: Tab Details dengan ruangan Service Type ditanda, ditetapkan kepada Appointment)*

3. Di tab **Pricing**, masukkan **Price (RM)** dan **Duration** dalam minit. **Sale Price (RM)** adalah pilihan. Untuk mengenakan harga lebih tinggi pada hujung minggu atau pada waktu tertentu, lihat [Tetapkan harga hujung minggu & waktu puncak](/ms/booking-pricing-rules/).

   *(Screenshot: Tab Pricing dengan Price (RM) dan Duration ditanda)*

4. Di tab **Capacity & Staff**, isi ruangan ini:

   | Ruangan | Apa yang perlu dimasukkan |
   | --- | --- |
   | **Slot Capacity** | Berapa banyak booking yang boleh diterima oleh satu slot. |
   | **Buffer Time** | Minit lapang selepas setiap booking, sebelum slot seterusnya bermula. |
   | **Category** | Pilih satu, atau klik **+** untuk menambah kategori baru. |
   | **Assigned Staff** | Staf yang memberikan servis ini. Wajib untuk servis Appointment. |
   | **Capacity Mode** | **Individual (per staff)** atau **Shared (single pool)**. Lihat [Kapasiti & staf](#kapasiti--staf). |

   *(Screenshot: Tab Capacity & Staff dengan Slot Capacity dan Assigned Staff ditanda)*

5. Di tab **Scheduling**, pilih berapa awal pelanggan boleh menempah dan apa yang boleh mereka tukar selepas itu. Lihat [Peraturan booking](#peraturan-booking) di bawah.

   *(Screenshot: Tab Scheduling dengan Auto Confirm Booking ditanda)*

6. Klik **Create Service**.

   *(Screenshot: Butang Create Service ditanda di bahagian atas page)*

Tab **Guest Types** menambah harga setiap orang, seperti dewasa dan kanak-kanak, dan tab **Add-ons** menambah item tambahan yang boleh dipilih oleh pelanggan, seperti cawan rasa tambahan. Kedua-duanya adalah pilihan.

## Lima jenis servis

Jenis servis menentukan apa yang pelanggan pilih dan cara BCL mengira kapasiti. Ruangan pada tab lain berubah mengikut jenis itu:

| Service Type | Cara pelanggan menempah | Harga dikira |
| --- | --- | --- |
| **Appointment (Spa, Clinic, Salon)** | Servis, kemudian staf, kemudian slot masa | Setiap booking |
| **Reservation (Table Booking)** | Tarikh dan masa, kemudian bilangan tetamu. Tanpa staf. | Setiap booking atau setiap tetamu |
| **Ticket (Museum, Event, Tour)** | Tarikh, kemudian jenis tiket dan kuantiti | Setiap jenis tiket |
| **Accommodation (Hotel, Homestay, Room)** | Tarikh check-in dan check-out | Setiap malam |
| **Court (Badminton, Tennis, Futsal)** | Gelanggang dan masa dari grid | Setiap slot |

## Kapasiti & staf

Dengan **Individual (per staff)**, slot Appointment yang **Slot Capacity**-nya 1 dan ada tiga staf boleh menerima tiga booking, satu untuk setiap staf. Dengan **Shared (single pool)**, slot yang sama hanya menerima satu booking secara keseluruhan, tidak kira siapa yang memberikan servis. Guna **Shared** apabila mana-mana staf anda boleh melayan pelanggan dan anda dihadkan oleh ruang, seperti satu bilik rawatan.

Untuk kelas, naikkan **Slot Capacity**. Contoh Latte Art Class ada kapasiti 4, jadi empat orang boleh menempah kelas 90 minit yang sama.

## Peraturan booking

Tab **Scheduling** mengawal bila pelanggan boleh menempah dan apa yang boleh mereka tukar:

| Tetapan | Fungsinya |
| --- | --- |
| **Advance Booking Days** | Berapa hari lebih awal pelanggan boleh menempah (30 secara default). |
| **Booking Cutoff** | Berapa jam sebelum slot booking ditutup. |
| **Allow Same Day Booking** | Membenarkan pelanggan menempah untuk hari ini. |
| **Auto Confirm Booking** | Mengesahkan booking yang sudah dibayar secara automatik. Off: booking menunggu sebagai **Pending**. |
| **Coming Soon** | Memaparkan servis tetapi menyekat booking. |
| **Allow Rescheduling** / **Reschedule Cutoff** | Membenarkan pelanggan menukar tarikh booking mereka, sehingga had masa itu. |
| **Allow Cancellation** / **Cancellation Cutoff** | Membenarkan pelanggan membatalkan booking, sehingga had masa itu. |

## Susun servis mengikut kategori

Dalam senarai **Booking Services**, klik **Categories** untuk menambah, menukar nama atau menyusun semula kategori dalam **Manage Service Categories**, kemudian klik **Save Categories**. Setiap servis tergolong dalam satu kategori, yang dipaparkan di bawah namanya dalam senarai.

## Tips

Beberapa tabiat ini memudahkan anda mengurus servis:

- **Namakan servis seperti yang pelanggan sebut.** **Service Name** ialah apa yang pelanggan nampak pada booking form, di sebelah harga dan tempoh.
- **Guna Coming Soon untuk memperkenalkan servis baru.** Pelanggan nampak servis itu pada form tetapi tidak boleh menempahnya sehingga anda off-kan **Coming Soon**.
- **Off-kan servis dan jangan padamnya.** Di page edit servis itu, off-kan **Active** di bahagian atas. Servis itu hilang dari booking form anda, dan booking lamanya kekal seperti sedia ada.

## Isu biasa

### Setiap sesi 45 minit dan saya perlukan masa untuk bersedia sebelum pelanggan seterusnya. Boleh saya tetapkannya?

Boleh. Di tab Pricing, tetapkan Duration kepada 45, dan di tab Capacity & Staff, tetapkan Buffer Time kepada 15. Slot kemudian bermula setiap jam, dengan 15 minit lapang di antaranya.

### Adakah saya perlu mengesahkan setiap booking sendiri?

Tidak. Di tab Scheduling, on-kan Auto Confirm Booking dan booking yang sudah dibayar terus menjadi Confirmed. Jika tetapan itu off, booking menunggu sebagai Pending sehingga anda mengesahkannya.

### Boleh pelanggan batalkan atau tukar tarikh sendiri?

Boleh. Di tab Scheduling, on-kan Allow Cancellation dan Allow Rescheduling, dan tetapkan berapa jam sebelum booking mereka mesti melakukannya dalam Cancellation Cutoff dan Reschedule Cutoff.
