# Guna domain anda sendiri

> Halakan domain atau subdomain anda sendiri ke BCL dengan satu rekod DNS A, kemudian on-kan Use Custom Domain dalam Team Profile.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/custom-domain/

Pelanggan anda boleh membuka payment form BCL anda pada domain anda sendiri, seperti `order.yourshop.com`, dan bukan pada alamat bcl.my. Anda halakan domain itu ke BCL dalam DNS anda, kemudian on-kan dalam BCL.

## Sebelum anda mula

Anda memerlukan perkara ini sebelum menyediakan custom domain:

- Akaun BCL yang disambungkan kepada akaun Bayarcash yang sudah diluluskan. Lihat [Sambungkan akaun Bayarcash anda](/ms/connect-bayarcash/).
- Peranan account owner atau admin dalam BCL.
- Domain milik anda, dan akses kepada tetapan DNS-nya di penyedia domain anda atau di Cloudflare.

> **Tip**
> Belum ada domain? Anda boleh beli domain di [kedai domain Web Impian](https://billing.webimpian.com/?category=domains), kemudian kembali ke sini untuk menghalakannya ke BCL.

## Tambah rekod DNS

Di penyedia DNS anda, tambah satu rekod dengan nilai ini:

- **Type**: A
- **Name**: domain atau subdomain yang anda mahu guna, contohnya `order` untuk `order.yourshop.com`
- **IPv4 address**: 210.79.174.16

Di Cloudflare, pergi ke **DNS** → **Records**, klik **Add record**, masukkan nilai di atas dan off-kan **Proxy status** supaya ia menunjukkan **DNS only**. Kemudian klik **Save**.

*(Screenshot: Form Add record Cloudflare dengan type A, name order, IPv4 address 210.79.174.16 dan proxy status ditetapkan kepada DNS only)*

> **Caution**
> Pastikan proxy Cloudflare kekal off. Rekod itu mesti menghala terus ke alamat BCL.

## On-kan domain anda dalam BCL

Selepas rekod DNS disimpan:

1. Klik nama syarikat anda di bahagian bawah sidebar dan pilih **Team Profile**. Anda juga boleh pergi ke **Team** → **Team Profile** di sidebar.

   *(Screenshot: Account Menu dibuka di atas kad akaun, dengan Team Profile ditanda)*

2. Page **Merchant Settings** dibuka pada tab **General Settings**. Di bawah **Custom Domain**, on-kan **Use Custom Domain**.

   *(Screenshot: Tab General Settings dalam Merchant Settings dengan suis Use Custom Domain ditanda)*

3. Dalam **Domain**, masukkan domain anda tanpa `https://`, contohnya `order.yourshop.com`. Kotak di sebelah kiri mengingatkan anda tentang alamat rekod A.

   *(Screenshot: Use Custom Domain di-on-kan, dengan ruangan Domain ditanda dan peringatan DNS di sebelah kiri)*

4. Klik **Save Settings**.

   *(Screenshot: Bahagian Custom Domain dengan butang Save Settings ditanda)*

Selepas perubahan DNS tersebar, payment form anda dibuka pada domain anda. Entri **Merchant Domain** pada tab **Merchant Information** menunjukkan alamat yang sedang digunakan oleh BCL.

## Isu biasa

### Boleh domain saya terus membuka payment form, tanpa /form/ dalam alamatnya?

Boleh. Tetapkan homepage anda untuk membuka satu payment form, dan domain anda akan terus ke payment form itu. Lihat Kongsi homepage BCL anda (/ms/homepage/).

### Kenapa domain saya belum membuka BCL walaupun saya sudah menyediakan semuanya?

Perubahan DNS mengambil masa untuk tersebar ke seluruh internet. Tunggu sebentar dan cuba lagi. Di Cloudflare, semak juga bahawa Proxy status di-off-kan (DNS only).

### Di mana saya boleh beli domain?

Anda boleh mendaftar domain di kedai domain Web Impian (https://billing.webimpian.com/?category=domains). Selepas domain itu aktif, tambah rekod DNS dalam panduan ini untuk menghalakannya ke BCL.

### Kenapa BCL kata domain saya sudah digunakan?

Akaun BCL lain sudah menyimpan domain itu. Setiap domain hanya boleh dimiliki oleh satu akaun. Guna subdomain lain, seperti order.yourshop.com.
