# Terima bayaran berulang dengan Direct Debit

> Sediakan payment form Direct Debit supaya pelanggan membenarkan potongan mingguan atau bulanan dari akaun bank mereka, kemudian jejak setiap mandate.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/direct-debit/

Direct Debit mengutip jumlah yang sama dari akaun bank pelanggan anda setiap minggu atau setiap bulan, selepas pelanggan membenarkannya sekali melalui online banking. Direct Debit sesuai untuk keahlian, subscription, yuran tuisyen dan derma berkala.

## Sediakan payment form Direct Debit

Direct Debit berjalan pada payment form biasa. Lihat [Cipta payment form pertama anda](/ms/create-payment-form/) untuk asasnya, kemudian:

1. Dalam tab **Payment Details** payment form itu, pilih **Portal Key** anda.
2. Dalam **Payment Option**, pilih **Direct Debit**. Pilihan ini hanya disenaraikan jika portal anda menawarkan Direct Debit. Direct Debit tidak boleh digabungkan dengan pilihan bayaran lain, dan BCL menjadikan ruangan e-mel wajib diisi.

   *(Screenshot: Kotak Payment Configuration pada payment form baru, dengan ruangan Payment Option ditanda)*

3. Di bawah **Direct Debit Settings**, pilih **Frequency**: **Weekly** atau **Monthly**.
4. Untuk payment form bulanan, pilih satu atau lebih pilihan dalam **Total Recurring Months**, seperti **Never End (Until Cancelled)** atau **1 year (12 months)**. Pelanggan anda memilih salah satu daripadanya semasa mendaftar.
5. Klik **Add Payment Form**, atau **Update Form** untuk payment form yang sedia ada.

Affiliate tidak boleh di-on-kan untuk payment form Direct Debit. Payment form Direct Debit anda dipaparkan di bawah tab **Recurring Forms** dalam senarai payment form anda.

## Apa yang pelanggan anda buat

Untuk mendaftar, pelanggan anda:

1. Mengisi payment form itu, termasuk **Identification Type** dan **Identification Number**.
2. Pada payment form bulanan, memilih **Subscription Duration** daripada pilihan yang anda tawarkan.
3. Membenarkan mandate itu pada page online banking bank mereka.

Bank kemudian menyemak permohonan itu sebelum potongan bermula. Lihat [Bila potongan Direct Debit berlaku](/ms/direct-debit-deductions/).

## Jejak mandate anda

Untuk melihat setiap permohonan dan potongannya:

1. Pergi ke **Payments** → **Direct Debit**.

   *(Screenshot: Page Direct Debit dengan tab All Application, Active Enrolment dan Total Deduction ditanda)*

2. Pilih satu tab:

   | Tab | Apa yang dipaparkan |
   | --- | --- |
   | **All Application** | Setiap pendaftaran, dengan bilangan permohonan pada badge-nya. |
   | **Active Enrolment** | Mandate yang aktif, dengan jumlah keseluruhan mandate itu pada badge-nya. |
   | **Total Deduction** | Potongan, dengan bilangan yang sudah dikutip setakat ini pada badge-nya. |

3. Klik **View Details** pada satu baris untuk melihat potongan pelanggan dan **Application Histories**. Untuk mandate yang aktif, klik **View Mandate** untuk membuka rekod mandate di Bayarcash.

Untuk menghantar setiap mandate dan potongan baru ke sistem anda sendiri, lihat [webhook Direct Debit](/ms/webhook-direct-debit/).

## Isu biasa

### Kenapa saya tidak dapat tambah FPX atau DuitNow QR pada payment form Direct Debit saya?

Direct Debit tidak boleh digabungkan dengan pilihan bayaran lain. Cipta payment form berasingan untuk bayaran sekali sahaja.

### Kenapa tetapan affiliate berwarna kelabu pada payment form Direct Debit saya?

Affiliate tidak boleh di-on-kan pada payment form yang menggunakan Direct Debit.

### Di mana saya boleh lihat siapa yang sudah mendaftar?

Pergi ke Payments → Direct Debit. Permohonan setiap pelanggan, statusnya dan potongannya disenaraikan di situ.
