# Hantar pesanan dengan EasyParcel

> Sambungkan akaun EasyParcel anda kepada BCL, bandingkan harga kurier dan cipta penghantaran untuk pesanan anda dari page Transactions.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/easyparcel/

Sambungkan EasyParcel untuk mencipta penghantaran terus dari pesanan BCL anda. BCL mendapatkan harga kurier untuk setiap pesanan, anda pilih satu, dan nombor tracking disimpan pada pesanan itu.

## Sebelum anda mula

Anda memerlukan tiga perkara:

- Add-on **Courier Integration**, dari **Add-ons** → **Available Add-ons**.
- Akaun EasyParcel dengan kredit yang cukup untuk membayar penghantaran.
- API key EasyParcel anda. Dalam dashboard EasyParcel anda, pergi ke **Integrations** → **Add New Store**, pilih **API Integration**, pilih **Individual API** dan copy API key itu. BCL memaparkan langkah yang sama di sebelah tetapan.

## Sambungkan EasyParcel

Selepas anda copy API key, sambungkan dalam BCL:

1. Pergi ke **Platform Setup** → **Courier Integration** dan buka tab **EasyParcel**.

   *(Screenshot: Tab EasyParcel dalam Courier Integration ditanda)*

2. On-kan **Enable EasyParcel Integration**.
3. Paste key anda ke dalam **API Key**, kemudian klik **Verify Connection**.

   *(Screenshot: Kotak API Configuration dengan ruangan API Key dan Verify Connection ditanda)*

4. Jika mahu, di bawah **Parcel Settings**, pilih apa yang **Parcel Content** cetak pada consignment note: **Form Title** atau **SKU** setiap item.
5. Di bawah **Sender Information**, isi nama pengirim, telefon, e-mel dan alamat pickup anda.
6. Jika mahu, di bawah **Tracking Options**, on-kan **SMS EasyParcel Tracking** atau **WhatsApp EasyParcel Tracking**. EasyParcel mengenakan caj tambahan untuk pilihan ini.
7. Klik **Save EasyParcel Settings**.

   *(Screenshot: Sender Information dan pilihan tracking, dengan butang Save EasyParcel Settings ditanda)*

## Cipta penghantaran

Untuk setiap pesanan yang anda mahu hantar:

1. Pergi ke **Transactions** dan cari pesanan itu.
2. Klik ikon lori (**Courier**) pada baris itu, kemudian **EasyParcel**. Pilihan ini hanya dipaparkan selepas EasyParcel di-on-kan dan pesanan itu ada alamat penghantaran penuh.
3. Semak butiran penghantaran dan harga kurier. Harga yang dipaparkan tidak termasuk servis tambahan dan mungkin berubah semasa pesanan dicipta.
4. Klik **Create Shipment** pada servis yang anda mahu, kemudian klik **Yes** untuk mengesahkan.

   *(Screenshot: Tetingkap Create EasyParcel Shipment dengan butiran penghantaran dan senarai servis kurier serta harganya)*

BCL memaparkan nombor tracking selepas penghantaran dicipta. Kos penghantaran ditolak daripada kredit EasyParcel anda.

## Isu biasa

### Kenapa saya tidak nampak pilihan EasyParcel pada sesuatu pesanan?

Pilihan itu hanya dipaparkan apabila EasyParcel di-on-kan dalam Courier Integration dan pesanan itu ada item serta alamat penghantaran penuh (alamat, bandar, negeri dan poskod). Add-on Courier Integration juga mesti aktif.

### Penghantaran gagal dicipta dengan Insufficient Credit. Apa yang perlu saya buat?

EasyParcel mengenakan kos penghantaran pada kredit EasyParcel anda. Top up kredit anda dalam EasyParcel, kemudian cipta penghantaran itu semula.

### Boleh EasyParcel kutip tunai untuk pesanan COD saya?

Boleh, jika kurier itu menawarkan COD. Untuk pesanan COD, servis yang tidak boleh mengutip tunai memaparkan COD Not Available dan bukan Create Shipment.
