# Sediakan tempat duduk bernombor

> Lukis pelan tempat duduk untuk setiap jenis tiket supaya pelanggan memilih sendiri tempat duduk bernombor semasa membeli tiket event anda.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/event-seating/

Dengan tempat duduk bernombor, setiap jenis tiket ada pelan tempat duduk sendiri, dan pelanggan memilih tempat duduk bernombor semasa membeli. Gunakannya untuk majlis makan malam, persembahan teater dan konsert bertempat duduk.

## On-kan tempat duduk bernombor

Tempat duduk bernombor ditetapkan untuk seluruh event:

1. Pergi ke **Events** → **Events** dan klik **Edit** pada event anda.
2. Pada tab **Event Information**, tetapkan **Event Type** kepada **Reserved Seating**.

   *(Screenshot: Tab Event Information dengan Event Type ditetapkan kepada Reserved Seating)*

3. Pastikan jenis tiket anda sudah ditambah, kemudian klik **Update Event**. Butang **Seating** hanya berfungsi pada jenis tiket yang sudah disimpan.

## Lukis pelan tempat duduk

Buat langkah ini untuk setiap jenis tiket yang anda jual. Dalam event **Reserved Seating**, jenis tiket tanpa pelan tempat duduk tidak dipaparkan pada page event anda.

1. Di bawah **Event Tickets**, klik **Seating** pada jenis tiket itu. Selepas anda menyimpan pelan, butang itu menunjukkan bilangan tempat duduk dalam pelan tersebut.

   *(Screenshot: Jadual Ticket Items dengan butang Seating bagi tiket VIP ditanda)*

2. Pilih **Layout Type**: **Grid (Hall / Theater)** untuk barisan yang menghadap pentas, atau **Pond (Left & Right Seating)** untuk tempat duduk di kedua-dua belah. Masukkan **Layout Name**.
3. Di bawah **Seat Setup**, tetapkan cara tempat duduk dinomborkan dengan **Prefix** dan **Start Number**, kemudian tetapkan **Stage Position**, **Stage Type**, **Rows** dan **Seats Per Row**.

   *(Screenshot: Panel VIP Seating Configuration dengan Rows dan Seats Per Row ditanda)*

4. Semak pelan itu dalam **Layout Designer**. Klik tempat duduk kelabu untuk menjadikannya ruang kosong, atau klik ruang kosong untuk menambah semula tempat duduk. **Reserve seats** menahan tempat duduk yang tidak mahu dijual. Tempat duduk yang sudah dijual berwarna merah.
5. Klik **Save Seating Configuration**. Pelan itu terus disimpan.

   *(Screenshot: Layout Designer dengan tempat duduk V1-002 sudah dijual dan butang Save Seating Configuration ditanda)*

## Pilih cara tiket dipadankan dengan tempat duduk

Klik **Edit** pada sesuatu jenis tiket dan pilih **Ticket Mode**:

| Ticket Mode | Satu tiket memberi | Guna untuk |
| --- | --- | --- |
| **Standard** | 1 tempat duduk dan 1 peserta | Kebanyakan event |
| **Shared seat** | 1 tempat duduk, beberapa nama peserta | Beberapa orang yang berkongsi satu tempat duduk atau ruang |
| **Group bundle** | Beberapa tempat duduk, ditetapkan dalam **Seats Per Ticket** | Satu meja 10 orang, atau tawaran "Buy 1 Free N" |

*(Screenshot: Ruangan Ticket Mode dalam panel tetapan tiket)*

Klik **Update Ticket Settings**, kemudian **Update Event**.

## Apa yang pelanggan nampak

Page event anda menyenaraikan setiap jenis tiket dengan bilangan tempat duduk dalam pelannya. Pelanggan memilih jenis tiket, memilih tempat duduk pada pelan itu dan membayar. Setiap tempat duduk menjadi seorang peserta dengan nombor tempat duduknya, contohnya V1-002.

*(Screenshot: Page event yang menyenaraikan Early Bird, Normal dan VIP dengan tempat duduk dalam setiap pelan)*

## Tips

Pelan tempat duduk lebih mudah diurus dengan beberapa tabiat ini:

- **Tambah baris di hujung, bukan di awal.** BCL tidak akan menyimpan pelan yang lebih kecil jika pelan itu membuang tempat duduk yang sudah dijual, dan memaparkan **Layout not saved**. Tambah tempat duduk atau baris di hujung, atau pindahkan pembeli itu dahulu.
- **Pindahkan pembeli ke tempat duduk lain dari page Participants.** Di page [Participants](/ms/event-participants/), klik ⋮ pada baris mereka, kemudian **Move Seat**.
- **Guna satu prefix bagi setiap pelan.** Contohnya A untuk Hall A dan V untuk VIP, supaya nombor tempat duduk tidak berulang antara jenis tiket.

## Isu biasa

### Boleh pelanggan memilih tempat duduk sendiri?

Boleh. Tetapkan Event Type event itu kepada Reserved Seating, kemudian klik Seating pada setiap jenis tiket untuk melukis pelan tempat duduknya. Pelanggan memilih tempat duduk pada pelan itu semasa membeli.

### Kenapa satu jenis tiket tidak dipaparkan pada page event Reserved Seating saya?

Dalam event Reserved Seating, hanya jenis tiket yang ada pelan tempat duduk dipaparkan. Klik Seating pada jenis tiket itu dan simpan pelan tempat duduk untuknya.

### Boleh saya jual satu tiket untuk satu meja 10 orang?

Boleh. Klik Edit pada jenis tiket itu dan tetapkan Ticket Mode kepada pilihan Group bundle (beberapa tempat duduk bagi setiap tiket), kemudian tetapkan Seats Per Ticket kepada 10.
