# Terima bayaran dari Singapura dengan NETS

> Benarkan pelanggan Singapura bayar dengan NETS, lihat apa yang mereka nampak semasa checkout, kenapa harga kekal RM, dan apa perlu disemak jika gagal.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/nets-singapore/

NETS membolehkan pelanggan di Singapura membayar anda dengan scan kod QR menggunakan aplikasi perbankan Singapura mereka. NETS ialah salah satu saluran QR cross-border dalam BCL, bersama QRIS (Indonesia), PromptPay (Thailand), Alipay dan WeChat Pay. Anda tetap menerima bayaran dalam RM.

## Tawarkan NETS dalam form

NETS hanya berfungsi selepas Bayarcash on-kan saluran itu untuk portal anda. Lihat [Minta saluran di-on-kan](/ms/accept-cards-bnpl/#minta-saluran-di-on-kan). Kemudian:

1. Buka form itu dan pergi ke tab **Payment Details**.
2. Buka **Payment Option** dan, di bawah **QR Payments**, tandakan **NETS Singapore**.
3. Klik **Update Form**.

Event form dan booking form juga ada ruangan **Payment Option** yang sama.

## Apa yang pelanggan Singapura anda nampak

Semasa checkout, pelanggan memilih **NETS Singapore** di bawah **Payment Method**. Ia menyenaraikan bank yang disokong NETS, dan **Total to pay** menunjukkan via NETS Singapore:

*(Screenshot: Senarai Payment Method dengan NETS Singapore dipilih, senarai bank yang disokongnya, dan Payment Summary yang menunjukkan Total to pay via NETS Singapore)*

Form yang menawarkan lebih daripada lima saluran bayaran akan mengumpulkannya, dan NETS berada di bawah **QR Payments**. Apabila kumpulan itu ada lebih daripada tiga saluran QR, NETS disenaraikan di bawah tajuk **Singapore**. Selepas pelanggan klik **Complete Payment**, mereka dibawa ke page bayaran Bayarcash untuk selesaikan bayaran dengan aplikasi perbankan Singapura mereka.

Jumlahnya sentiasa dalam RM. BCL tiada harga SGD dan tiada pilihan tukar mata wang: form, resit, transaksi dan export semuanya dalam RM. Aplikasi perbankan pelanggan memaparkan jumlah yang sudah ditukar kepada SGD, mengikut rate bank mereka sendiri, sebelum mereka sahkan. Maklumkan perkara ini kepada pelanggan Singapura dalam penerangan form anda, supaya harga RM itu tidak mengejutkan mereka.

## Apabila bayaran NETS gagal

Puncanya biasanya bank pelanggan. Checkout BCL menyenaraikan DBS Bank, POSB, HSBC, Maybank, OCBC, Standard Chartered dan UOB, tetapi support Bayarcash memaklumkan buat masa ini bayaran hanya berjaya daripada DBS, OCBC dan UOB. Senarai ini boleh berubah.

Jika bayaran NETS pelanggan Singapura gagal:

- Tanya aplikasi bank mana yang mereka guna. Jika bank lain, minta mereka cuba dengan akaun DBS, OCBC atau UOB.
- Tawarkan kad juga, jika saluran kad sudah di-on-kan untuk portal anda: lihat [Terima kad, e-wallet & pay-later](/ms/accept-cards-bnpl/).
- Jika bank yang disokong masih gagal, hubungi support Bayarcash dengan nombor pesanan dan masa bayaran itu dicuba.

## Tetapkan caj untuk NETS

NETS berkongsi satu caj dengan saluran QR cross-border yang lain: baris **DuitNow QR (Cross-Border)** pada tab **QR Payment Channels** di **Platform Setup** → **Gateway Fee**. Lihat [Tetapkan caj gateway anda](/ms/gateway-fees/).

## Isu biasa

### Kenapa pelanggan saya dari Singapura tidak dapat bayar dengan NETS?

Selalunya bank mereka belum menyokong QR cross-border NETS. Support Bayarcash memaklumkan buat masa ini bayaran berjaya daripada DBS, OCBC dan UOB. Minta pelanggan yang menggunakan bank lain bayar dengan kad, jika portal anda ada saluran kad.

### Jika saya tawarkan NETS, boleh form memaparkan harga dalam SGD?

Tidak. Form, resit dan laporan BCL dalam RM sahaja. Pelanggan anda nampak jumlah dalam RM, dan aplikasi perbankan Singapura mereka menukarnya kepada SGD mengikut rate bank mereka semasa mereka bayar.

### Caj gateway yang mana digunakan untuk NETS?

Baris DuitNow QR (Cross-Border) pada tab QR Payment Channels di Platform Setup → Gateway Fee. Satu rate meliputi NETS, QRIS, PromptPay, Alipay dan WeChat Pay.
