# Bayar komisen affiliate

> Kumpulkan referral yang diluluskan ke dalam payout request, bayar affiliate dengan pindahan bank, kemudian tandakan setiap payout sebagai dibayar.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/pay-affiliate-commission/

BCL menjejak komisen setiap affiliate, tetapi BCL tidak menghantar wang bagi pihak anda. Anda kumpulkan komisen yang diluluskan ke dalam payout, bayar affiliate melalui pindahan bank atau DuitNow, kemudian tandakan payout itu sebagai dibayar supaya anda dan affiliate ada rekod.

## Cara komisen terkumpul

Setiap jualan melalui link affiliate mencipta satu referral di **Affiliate** → **Referrals**. Referral bermula sebagai **Pending**, menjadi **Approved** apabila bayaran berjaya, dan **Rejected** jika bayaran gagal atau dibatalkan. Hanya referral yang diluluskan dan belum dibayar dimasukkan ke dalam payout.

Menu **Referrals** dan **Payout** hanya dipaparkan selepas program affiliate anda on. Lihat [On-kan program affiliate anda](/ms/enable-affiliates/).

## Cipta payout request

Pada akhir setiap tempoh dalam **Payout Schedule** anda, kumpulkan referral yang diluluskan ke dalam payout:

1. Pergi ke **Affiliate** → **Referrals**.

   *(Screenshot: Menu Affiliate di sidebar BCL, dengan Referrals ditanda)*

2. Klik **Generate Payouts**.

   *(Screenshot: Page Referral Record dengan butang Generate Payouts ditanda)*

3. Pilih **Date Range** referral yang mahu dimasukkan, contohnya **This Month**.
4. Pilihan: di bawah **Select Affiliates**, pilih affiliate tertentu. Biarkan kosong untuk memasukkan semua affiliate.
5. Semak **Payout Preview**, kemudian klik **Submit**.

   *(Screenshot: Panel Generate Payout Requests dengan julat tarikh, Payout Preview untuk tiga affiliate dan butang Submit ditanda)*

BCL mencipta satu payout request untuk setiap affiliate, terus meletakkannya di bawah **Awaiting Payment** dan memaklumkan affiliate itu.

## Payout request daripada affiliate

Affiliate juga boleh minta dibayar. Mereka klik **Request Payout** dalam panel affiliate mereka selepas komisen mereka yang belum dibayar mencapai **Minimum Payout Threshold** anda. Permintaan itu terus masuk ke **Awaiting Payment** pada page **Affiliate** → **Payout** anda, dan account owner dimaklumkan.

Jika anda mahu mencipta setiap payout sendiri, on-kan **Disable Payout Requests** di bawah **Payout Settings** dalam **Affiliate** → **Settings**.

## Bayar & tandakan sebagai dibayar

Payout yang menunggu pindahan daripada anda berada di bawah tab **Awaiting Payment**.

1. Pergi ke **Affiliate** → **Payout** dan buka **Awaiting Payment**.

   *(Screenshot: Tab Awaiting Payment ditanda, dengan senarai payout serta Account Name & Bank dan Account Details setiap affiliate)*

2. Guna lajur **Account Name & Bank**, **Account Details** dan **DuitNow QR** untuk membayar setiap affiliate dari bank anda. **Export All** memberi anda senarai untuk pindahan pukal.
3. Klik **Mark as Paid** di hujung baris itu.
4. Semak **Payment Method** (default-nya **Bank Transfer**), masukkan **Payment Reference**, tambah **Notes** jika perlu, dan klik **Submit**.

   *(Screenshot: Tetingkap Mark as Paid dengan Payment Method dan Payment Reference ditanda)*

Payout itu berpindah ke tab **Paid** dan affiliate itu dimaklumkan. Status referral mereka juga bertukar kepada **Paid**.

*(Screenshot: Tab Paid dengan senarai payout yang sudah dibayar)*

Untuk menanda beberapa payout sebagai dibayar sekali gus, tandakan kotak setiap payout itu dan pilih **Mark Selected as Paid**.

> **Note**
> Tab **Pending**, dengan butang **Approve** dan **Reject**, hanya menyimpan permintaan lama yang dibuat sebelum payout request diluluskan secara automatik. Permintaan baru tidak pernah menunggu di situ.

## Isu biasa

### Adakah BCL membayar affiliate saya secara automatik?

Tidak. BCL mengira komisen, tetapi anda sendiri yang memindahkan wang itu dan kemudian klik Mark as Paid di Affiliate → Payout.

### Kenapa referral masih dipaparkan sebagai pending?

Setiap referral bermula sebagai pending. Ia menjadi approved apabila bayaran pelanggan berjaya, dan rejected jika bayaran itu gagal atau dibatalkan. Hanya referral yang diluluskan boleh dibayar.

### Boleh affiliate minta dibayar?

Boleh. Affiliate boleh klik Request Payout selepas komisen mereka yang belum dibayar mencapai Minimum Payout Threshold anda. Permintaan itu terus masuk ke Awaiting Payment. Untuk menghalangnya dan mencipta setiap payout sendiri, on-kan Disable Payout Requests di Affiliate → Settings.
