# Hantar notifikasi WhatsApp dengan Wabot atau Wasapbot

> Sambungkan Wabot atau Wasapbot, kemudian hantar mesej WhatsApp kepada pelanggan dan admin anda apabila bayaran berjaya atau gagal.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/whatsapp-notifications/

BCL boleh menghantar mesej WhatsApp kepada pelanggan anda, kepada anda, atau kepada kedua-duanya, apabila bayaran berjaya atau gagal. Mesej dihantar dari nombor WhatsApp anda sendiri melalui Wabot atau Wasapbot, jadi anda memerlukan akaun dengan salah satu daripadanya.

## Sambungkan Wabot atau Wasapbot

Mula dalam dashboard provider anda ([Wabot](https://app.wabot.my/whatsapp_profile) atau [Wasapbot](https://dash.wasapbot.my/whatsapp_profile)): sambungkan nombor WhatsApp anda dan copy **Access Token** dan **Instance ID**. Kemudian, dalam BCL:

1. Di sidebar, pergi ke **Platform Setup** → **Integrations**.

   *(Screenshot: Menu Platform Setup di sidebar BCL, dengan Integrations ditanda)*

2. Buka tab **WhatsApp (Automation)**.

   *(Screenshot: Page Integrations dengan tab WhatsApp (Automation) ditanda)*

3. Di bawah **Admin Phone**, masukkan **Admin Phone Number** yang akan menerima notifikasi admin. Sesuatu form boleh menghantar notifikasinya ke nombor lain.

   *(Screenshot: Bahagian Admin Phone dengan ruangan Admin Phone Number ditanda)*

4. Dalam bahagian **Wabot Integration** atau **Wasapbot Integration**, on-kan **Enable Wabot Integration** atau **Enable Wasapbot Integration**.
5. Paste **Access Token** dan **Instance ID**, kemudian klik **Verify Connection** di atas token itu. Anda sepatutnya nampak **Connection Successful** bersama nama WhatsApp anda.

   *(Screenshot: Bahagian Wabot Integration dengan Verify Connection ditanda)*

6. Klik **Save Automation Node Configuration**.

   *(Screenshot: Butang Save Automation Node Configuration ditanda)*

## On-kan notifikasi untuk form

Anda memilih provider dan mesej pada setiap form. Payment form, event form dan booking form ada page **Notifications**; lead form ada tab **WhatsApp Notifications** yang serupa di bawah **Additional**.

1. Buka form itu, contohnya di bawah **Payments** → **Forms**, dan klik **Edit**.
2. Klik **Notifications**, kemudian tab **WhatsApp Notifications**. Selagi belum ada provider yang disambungkan, tab ini memaparkan **Connect a WhatsApp provider first** dan suis-suisnya berwarna kelabu.

   *(Screenshot: Page Edit Notification Settings dengan tab WhatsApp Notifications ditanda)*

3. Pilih **WhatsApp Provider** anda. Jika perlu, masukkan **Admin Phone (Override)** untuk menghantar notifikasi admin form ini ke nombor lain.
4. On-kan mesej yang anda mahu: **Enable Success WhatsApp (Customer)**, **Enable Failed WhatsApp (Customer)**, **Enable Success WhatsApp (Admin)** dan **Enable Failed WhatsApp (Admin)**.

   *(Screenshot: Empat suis mesej WhatsApp)*

5. Tulis setiap template, atau klik **Use Default** untuk template yang sedia ada. Klik **Variables** untuk melihat placeholder seperti `{name}`, `{amount}` dan `{receipt_url}`. Setiap mesej boleh mengandungi sehingga 1,000 aksara.
6. Klik **Save Notification Settings**.

> **WasapBOM sudah dihentikan**
> WasapBOM tidak lagi disokong mulai September 2026. Jika anda pernah menggunakannya, off-kan WasapBOM pada tab **WasapBom (Inactive)** di bawah **Platform Setup** → **Integrations**, sambungkan Wabot atau Wasapbot seperti di atas, dan pilih provider baru pada setiap form.

Untuk kawalan lebih, seperti peringatan atau mesej pada masa lain, gunakan action Wabot atau Wasapbot dalam automation BCL.

## Isu biasa

### Bagaimana saya sediakan Wabot atau Wasapbot dalam BCL?

Sambungkan nombor WhatsApp anda dalam dashboard Wabot atau Wasapbot dan copy Access Token dan Instance ID. Kemudian paste kedua-duanya di Platform Setup → Integrations → WhatsApp (Automation), klik Verify Connection dan simpan.

### Notifikasi WasapBOM saya sudah tidak berfungsi. Apa yang perlu saya buat?

WasapBOM tidak lagi disokong. Off-kan WasapBOM pada tab WasapBom (Inactive) di bawah Platform Setup → Integrations, sambungkan Wabot atau Wasapbot, kemudian pilih provider baru dalam tab WhatsApp Notifications setiap form.

### Kenapa tetapan WhatsApp pada form saya berwarna kelabu?

Belum ada provider WhatsApp yang disambungkan. Sambungkan Wabot atau Wasapbot di Platform Setup → Integrations → WhatsApp (Automation) dahulu, kemudian muat semula form itu.
