Payment Link adalah disediakan Khas untuk anda yang melakukan urusniaga secara atas talian yang mengunakan medium Whatsapp, Facebook dan lain lain. Disini anda akan masukkan kesemua maklumat pembayaranan sebelum berikan link pembayaran kepada pelanggan untuk proses pembayaran.

PENTING !!!

Pastikan anda telah lakukan Langkah 1 : Integrasi BCL dengan Bayarcash

Pada paparan Dashboard BCL boleh klik pada butang + Quick Actions – Payment Link di sebelah atas kanan seperti gambar di bawah.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti

  • Payer Name
  • Amount
  • Payer Email
  • Payer Mobile Number
  • Pilih Portal Key
  • Enable/Disable – User choose payment method : bagi customer tentukan kaedah pembayaran.
  • Remark Order

Setelah selesai boleh klik pada butang Submit di sebelah bawah.

Nanti 1 popup akan dipaparkan untuk Payment Link yang telah disediakan. Boleh klik butang biru di akhir link untuk salin url dan kongsikan kepada Pelanggan/Pembayar.