BCL QR Terminal disediakan khas untuk usahawan yang menyertai atau menganjurkan event, ini boleh membantu untuk kelancaran transaksi atas talian yang mana pembayar hanya scan Kod QR yang anda sediakan bagi proses pembayaran bagi urusniaga yang dilakukan.
PENTING !!!
Pastikan anda telah lakukan Langkah 1 : Integrasi BCL dengan Bayarcash
Pada paparan Dashboard BCL boleh klik pada butang + Quick Actions – Payment Link di sebelah atas kanan Atau Features – Payments – QR Terminal seperti gambar di bawah.

Berikut adalah paparan BCL QR Terminal. Masukkan Jumlah bayaran dan pilih Payment Channel berkenaan dan klik butang GENERATE QR.

Kod QR akan dipaparkan, tunjukan kepada pelanggan untuk scan QR tersebut bagi proses pembayaran. Anda juga boleh klik butang Check Status untuk semakan status transaksi.
