Berikut adalah langkah bagi mengenakan caj per Transaksi daripada Payment Gateway Bayarcash kepada pengguna di BCL.

Pada bahagian Platform Setup – Gateway Fee, Kadar caj per transaksi bagi setiap jenis saluran pembayaran telah disetkan, Anda hanya perlu tukarkan status kepada Enable sahaja.

Namun Anda masih boleh tetapkan kadar mengikut kesesuaian yang anda ingin setkan. Untuk rujukan kadar caj boleh ke lamanweb rasmi bayarcash atau ke Console Bayarcash.

Setelah selesai, boleh klik pada Save Gateway Fees Setup.

Untuk kembalikan kadar caj yang asal seperti sebelum ini boleh klik pada butang Reset to Default Values.