Direct Debit ialah sistem bayaran automatik di mana bayaran boleh dibuat secara berkala daripada akaun pelanggan, tanpa perlu masukkan maklumat setiap kali ingin membuat transaksi secara manual. Ia sesuai untuk bayaran berulang seperti yuran langganan atau bil.
Ciri-ciri Utama Direct Debit:
1. Pembayaran Automatik Berjadual: Transaksi akan dijalankan secara automatik pada jadual yang ditetapkan pengguna, seperti bulanan atau mingguan.
2. Pemberitahuan Transaksi – Setiap kali bayaran berjaya diproses, pengguna akan menerima notifikasi sebagai pengesahan pembayaran.
3. Kemudahan Menghentikan: Pengguna boleh menghentikan tetapan Direct Debit
Contoh-contoh Pembayaran Melalui Direct Debit:
- Langganan/Yuran: Pelanggan servis langganan bulanan, seperti aplikasi penstriman, boleh menggunakan Direct Debit untuk bayaran automatik setiap bulan.
- Bil Utiliti: Bagi pengguna yang ingin memastikan pembayaran bil bulanan seperti elektrik atau air sentiasa lancar, Direct Debit memastikan semua bil dijelaskan tepat pada masanya.
- Pembayaran Langganan: Pelanggan servis langganan bulanan, seperti aplikasi penstriman, boleh menggunakan Direct Debit untuk bayaran automatik setiap bulan.
- Sumbangan kepada NGO atau Masjid: Dengan Direct Debit, penyumbang yang mahu membuat sumbangan tetap kepada organisasi kebajikan dapat melakukannya secara automatik tanpa perlu risau tentang pembayaran bulanan.