Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk pengguna mendaftar sebagai affiliate dan sertai program affiliate anda
- Log masuk ke akaun BCL anda dan klik pada menu ‘Affiliate > Settings‘
- Sekiranya anda telah mengaktifkan program affiliate, anda akan melihat ‘Affiliate Program Link‘. Gunakan pautan ini untuk dikongsi kepada mereka yang berminat menyertai program affiliate anda.

- Bakal affiliate boleh mendaftar akaun baharu di BCL atau log masuk menggunakan akaun sedia ada.
- Setelah log masuk, bakal affiliate hanya perlu klik butang ‘Join Program’ untuk menjadi rakan affiliate anda.

- Rakan affiliate perlu melengkapkan butiran seperti nombor telefon dan maklumat bank untuk urusan pembayaran komisyen sekiranya masih belum berbuat demikian.

- Rakan affiliate boleh berkongsi pautan affiliate mereka melalui menu ‘Promotion Links’ yang menyenaraikan kesemua form yang telah diaktifkan untuk program affiliate bagi tujuan mendapatkan komisyen.

Nota Penting: Rakan affiliate boleh menyertai program affiliate merchant lain di BCL. Mereka boleh beralih ke paparan dashboard anda pada bila-bila masa dengan mengklik menu di bahagian kanan atas.
