Program affiliate BCL membuka peluang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan merchant yang berdaftar di BCL.

Berikut cara mudah untuk aktifkan affiliate bagi Payment Form anda di BCL.

  1. Log masuk ke akaun BCL anda dan pergi ke bahagian ‘Affiliate>Settings‘.
  1. Untuk mengaktifkan sistem affiliate, sila ke bahagian ‘Global Settings‘. Di sini, anda boleh tetapkan kadar komisyen lalai (default) untuk setiap Payment Form serta jumlah minimum pendapatan yang perlu dicapai sebelum affiliate layak menerima bayaran (payout).

  1. Setelah selesai membuat tetapan, klik butang ‘Save Settings‘ di bahagian atas. Anda akan mendapati beberapa menu baharu berkaitan affiliate muncul di bawah menu utama ‘Affiliate
  • List Affiliates – Menu ini memaparkan senarai lengkap semua affiliate yang telah mendaftar dalam program anda.
  • Referrals – Di sini anda boleh melihat senarai pautan rujukan yang telah dikongsi dan digunakan oleh affiliate. Menu ini juga memaparkan jumlah komisyen yang bakal diterima oleh setiap affiliate.
  • Reports – Menu ini menyediakan laporan terperinci mengenai prestasi keseluruhan program affiliate anda, termasuk statistik jualan dan komisyen.
  1. Untuk mengaktifkan pautan affiliate bagi setiap Payment Form, sila ke bahagian menu ‘Payments > Forms‘.
  1. Pilih sama ada ‘Edit Form‘ sedia ada atau cipta form baharu melalui ‘Create Form’

  1. Di bahagian bawah, sebelum section ‘Embed Code‘, anda akan menemui section baharu ‘Affiliate Settings‘.
  1. Di sini, anda boleh aktifkan affiliate untuk form ini dan ubah tetapan lalai jika perlu.

Tahniah! Program affiliate anda di BCL kini telah berjaya diaktifkan sepenuhnya. ✨✨✨