PENTING !!!

Pastikan anda telah lakukan perkara di bawah sebelum membuat form:-

1) Daftar akaun Bayarcash secara percuma (Daftar di sini)

2) Akaun Bayarcash anda telah diluluskan dan boleh menerima bayaran.

3) Daftar dan akses kepada akaun bcl.my.

Jenis – Jenis Borang Bayaran

Bahagian “Payment Details menentukan bagaimana borang pembayaran anda akan berfungsi. Pilih jenis yang sesuai di sini.

Untuk membantu anda memilih jenis borang yang sesuai, rujuk gambar bernombor di atas dan baca penerangan ringkas bagi setiap pilihan di bawah.

(1) Borang Bayaran Tetap (Fixed Amount)

Tiada pilihan item atau kuantiti — anda tetapkan jumlahnya, dan pengguna hanya teruskan ke pembayaran. Contoh: Yuran Penyertaan RM30.

Demo Link: https://demo.bcl.my/form/Clinicsskillmathematics2

    (2) Borang Bayaran Terbuka (Open Amount / Custom Amount)

    Tiada jumlah dipaparkan — pembeli perlu isi sendiri amaun yang mereka ingin bayar. Ia sesuai untuk tujuan seperti kutipan derma, pembayaran fleksibel, atau “bayar ikut kemampuan”.

    Demo Link: https://demo.bcl.my/form/DemoPayment

    (3) Borang dengan Pilihan Item (Item Form)

    Aktifkan fungsi ini jika anda mahu borang jualan seperti ‘mini shopping cart’ dengan pilihan kuantiti dan stok. Anda juga boleh menetapkan stok untuk setiap item jika diperlukan. Sesuai untuk menjual beberapa produk atau perkhidmatan dalam satu borang yang sama.

    Demo Link: https://demo.bcl.my/form/Testingjer

    (4) Borang dengan Variasi Item (Variations Form)

    Pilihan ini sesuai jika anda menjual item yang mempunyai pelbagai variasi seperti saiz, warna, atau jenis — contohnya baju dengan saiz S, M, L dan harga berbeza. Pembeli boleh memilih sehingga 5 variasi item sahaja dalam satu borang pembayaran.

    Demo Link: https://demo.bcl.my/form/jualan-baju

    (5) Jenis Paparan Borang

    Anda boleh memilih antara empat jenis paparan borang:

    Payment dan Donation berfungsi hampir sama — perbezaannya hanyalah pada label butang bayaran (contohnya “Complete Payment” vs “Complete Donation”).

    🖼️ Sales Page membolehkan anda memuat naik imej panjang (seperti poster atau grafik promosi), menjadikan borang anda kelihatan seperti halaman jualan profesional.

    👉 Rujukan: Panduan setkan sales page di sini

    🧑‍💻 Custom HTML membolehkan anda membina borang bayaran dengan reka bentuk tersendiri menggunakan kemahiran HTML anda. Fungsi ini sesuai untuk pengguna berpengalaman yang ingin kawalan penuh terhadap reka bentuk borang.

    Pilihan Pembayaran Di Borang

    Dengan integrasi Bayarcash, anda boleh tawarkan lebih banyak cara bayaran kepada pembeli — cepat dan fleksibel. Ini termasuk pilihan seperti FPX, eWallet, kad kredit/debit dan lain-lain.

    (6) Pilihan Portal Bayarcash. Pilihan Portal dalam borang anda adalah berdasarkan senarai portal yang telah anda daftarkan di Bayarcash Console.

    Setiap portal akan menentukan saluran pembayaran (payment channel) yang diaktifkan atau dinyahaktifkan. Anda boleh mengurus portal ini untuk tetapkan channel seperti FPX, eWallet, kad kredit dan lain-lain mengikut keperluan anda.

    (7) Setelah anda memilih portal yang diingini, senarai payment channel yang tersedia dan telah diaktifkan di portal tersebut akan dipaparkan. Anda boleh memilih saluran pembayaran yang sesuai untuk digunakan dalam borang anda.