- Setelah anda melengkapkan maklumat pada bahagian ‘Custom Field Form‘, pergi ke bahagian ‘Payment Details‘ untuk menetapkan setting pembayaran pada borang anda.
- Masukkan jumlah pembayaran yang ditetapkan dalam ruangan ‘Amount‘.
- Jika anda ingin membenarkan pengguna untuk memasukkan jumlah pilihan mereka, tandakan kotak ‘Enable Custom Amount‘ (Aktifkan Jumlah Custom). Apabila kotak ini ditandakan, pengguna boleh memasukkan jumlah pembayaran mereka sendiri.
- Pilih jenis borang yang sesuai, sama ada:
* Payment: Pilih ini jika borang ini bertujuan untuk menerima pembayaran bagi perkhidmatan atau produk.
* Donation: Pilih ini jika borang ini bertujuan untuk menerima sumbangan atau derma. - Jika anda mahu pengguna memilih daripada pelbagai item dengan harga yang berbeza, aktifkan pilihan ‘Use multiple items instead of a single amount‘. Sebaliknya, jika anda ingin menyediakan varian untuk setiap item, aktifkan ‘Use items with variations‘.