Langkau ke kandungan

Shortcode untuk payment form HTML

Dikemas kini

Shortcode membolehkan HTML anda sendiri memaparkan butiran semasa dari payment form, seperti harga sesuatu item atau berapa unit yang masih ada dalam stok. BCL menggantikan setiap shortcode dengan nilai semasa setiap kali page dimuatkan, jadi anda tidak perlu edit HTML apabila harga atau stok berubah.

Shortcode berfungsi dalam payment form yang Type of Form ditetapkan kepada Custom HTML, dan dalam payment form Donation yang Content Type ditetapkan kepada Custom HTML.

Taip shortcode dalam HTML editor payment form itu:

  1. Pergi ke Payments → Forms dan klik Edit pada payment form anda.

  2. Klik Open HTML Editor. BCL menyimpan payment form itu dahulu, kemudian membuka editor.

    Page Edit Payment Form dengan butang Open HTML Editor ditanda

  3. Taip shortcode di tempat anda mahu nilai itu dipaparkan, kemudian klik Save HTML. Klik Preview untuk melihat reka bentuk anda; shortcode hanya diisi pada payment form yang live.

    HTML editor dengan shortcode dalam kod dan butang Save HTML ditanda

  4. Klik Back, kemudian View Form untuk melihat nilai semasa.

    Payment form Custom HTML yang live memaparkan nama item, harga dan badge status daripada shortcode

Shortcode item memerlukan ID item itu, dan payment form mesti menggunakan Multiple Items. Untuk mencari ID:

  1. Buka payment form itu dan scroll ke List of Items, di bawah tab.

  2. Klik More pada item itu.

    List of Items dengan butang More pada item pertama ditanda

  3. Baca nombor selepas # pada tajuk panel, contohnya House Blend 250g Settings (#87).

    Tajuk panel item yang memaparkan ID item 87

Gantikan 123 dengan ID item anda. Setiap shortcode item menerima sama ada product= atau id=.

Shortcode Paparan Contoh output
[stock product=123] Tahap stok “25 available”, “Out of Stock”, atau “In Stock” jika stok tidak dijejak
[price product=123] Harga item “RM 28.00”
[product_name id=123] Nama item “House Blend 250g”
[status product=123] Badge status “Available”, “Coming Soon” atau “Out of Stock”
[form_title] Tajuk payment form “Kopi Kampung Coffee Beans”
[form_slug] Slug URL payment form “kopi-kampung-coffee-beans”
[total_products] Bilangan item dalam payment form “12”
[available_products] Item yang boleh dibeli sekarang (bukan akan datang, belum habis dijual) “8”

[status] mengeluarkan <span> dengan class badge serta badge-success (Available), badge-warning (Coming Soon) atau badge-danger (Out of Stock). Tambah CSS untuk class ini dalam HTML anda untuk mewarnakan badge itu.

Isu-isu biasa

Kenapa shortcode saya dipaparkan sebagai teks biasa pada payment form?

Semak ejaan dan tanda kurungnya, contohnya [price product=123]. Shortcode yang tidak dikenali dibiarkan seperti asal. Shortcode yang dikenali tetapi dengan ID item yang salah tidak memaparkan apa-apa. Shortcode hanya berfungsi dalam HTML payment form Custom HTML.

Kenapa shortcode price memaparkan harga lama, bukan harga sale saya?

[price] memaparkan Amount (RM) item itu. Ia tidak memaparkan Sale Price (Optional) yang ditetapkan di bawah More.

Form Custom HTML saya lambat dibuka. Ada tetapan untuk menjadikannya lebih laju?

Tiada. BCL memaparkan HTML anda seperti yang anda tulis, jadi kelajuannya bergantung pada HTML itu sendiri. Gambar yang besar ialah punca yang biasa, terutamanya gambar yang di-embed dalam HTML sebagai teks base64, yang sering dibuat oleh tool AI. Dalam editor HTML, klik Upload inline images, kemudian Upload & replace: BCL memindahkan gambar yang di-embed dan gambar dari luar ke media library anda, dan mengemas kini setiap link dalam HTML. Pastikan juga setiap gambar tidak lebih besar daripada ruang yang diisinya pada page.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.