Langkau ke kandungan

Cara program affiliate berfungsi

Dikemas kini

Program affiliate membolehkan orang lain mempromosikan form anda dengan link mereka sendiri dan mendapat komisen untuk setiap jualan yang mereka bawa. BCL menjejak siapa yang menjual apa dan berapa banyak yang diperoleh setiap affiliate. Anda sendiri yang membayar komisen itu.

Setiap jualan melalui affiliate melalui lima peringkat yang sama:

Peringkat Apa yang berlaku Panduan
1. Anda on-kan program Anda on-kan program ini sekali, tetapkan komisen default dan peraturan payout, dan on-kan Enable Affiliates pada setiap form yang boleh dipromosikan oleh affiliate. On-kan program affiliate anda
2. Affiliate menyertai program Anda kongsi Sign-up link anda. Setiap affiliate mencipta akaun affiliate percuma dan menyertai program anda. Jika Require Manual Approval on, mereka perlu menunggu kelulusan anda. Jemput affiliate menyertai program anda
3. Affiliate kongsi link mereka Setiap affiliate copy link mereka sendiri untuk setiap form di Promotion Links. Link itu berakhir dengan ID affiliate mereka. Kongsi link affiliate anda
4. Pelanggan membayar BCL mencipta referral bersama komisennya. Referral itu Pending sehingga bayaran berjaya, kemudian menjadi Approved. Bayaran yang gagal atau dibatalkan menjadikannya Rejected. Jejak referral affiliate
5. Anda buat payout Anda kumpulkan komisen yang diluluskan ke dalam payout (atau affiliate klik Request Payout), bayar setiap affiliate melalui pindahan bank atau DuitNow, dan klik Mark as Paid. Bayar komisen affiliate

Jualan hanya dikira apabila pelanggan datang melalui link affiliate dalam tempoh Cookie Expiration Days anda, dan Enable Affiliates on untuk form itu. Form yang menggunakan Direct Debit tidak boleh ada affiliate.

Semua page untuk merchant ada di bawah Affiliate di sidebar. Kumpulan menu ini dipaparkan selepas add-on Affiliate Program aktif.

Kumpulan Affiliate di sidebar BCL, dengan Affiliates, Referrals, Marketing, Payout, Reports dan Settings

Page Referrals dan Payout hanya dipaparkan selepas program ini di-on-kan di Settings. Setiap page ada panduannya sendiri:

Menu Apa yang anda buat di situ Panduan
Affiliates Lihat siapa yang menyertai program, luluskan affiliate baru, beri seorang affiliate rate khas, gantung atau buang mereka Urus affiliate anda
Referrals Lihat setiap jualan yang dibawa oleh affiliate, tolak jualan yang tidak layak, tambah referral secara manual, jana payout Jejak referral affiliate
Marketing Beri affiliate banner dan link, dan hantar pengumuman kepada mereka melalui e-mel Kongsi media pemasaran dengan affiliate
Payout Bayar affiliate dan tandakan payout sebagai dibayar Bayar komisen affiliate
Settings On-kan program ini, tetapkan komisen, tracking, peraturan payout dan page pendaftaran On-kan program affiliate anda

Secara default, satu rate digunakan untuk keseluruhan pesanan, yang ditetapkan di Settings. Anda juga boleh:

Affiliate log masuk ke akaun affiliate mereka sendiri, bukan dashboard BCL anda. Di situ mereka copy link mereka, lihat referral dan komisen mereka, muat turun media pemasaran anda dan minta payout. Hantar Dashboard affiliate anda kepada affiliate baru sebagai titik permulaan.

Isu-isu biasa

Bagaimana program affiliate BCL berfungsi?

Anda on-kan program ini dan pilih form yang boleh dipromosikan oleh affiliate. Affiliate menyertai program melalui link pendaftaran anda dan berkongsi link mereka sendiri untuk setiap form. Apabila pelanggan membayar melalui link itu, BCL merekodkan referral bersama komisennya. Selepas bayaran berjaya, referral itu diluluskan, dan anda sendiri yang membayar affiliate itu dan menandakan payout sebagai dibayar.

Adakah BCL membayar affiliate saya secara automatik?

Tidak. BCL mengira dan menjejak komisen, tetapi anda sendiri yang memindahkan wang itu dan kemudian klik Mark as Paid di Affiliate → Payout.

Adakah affiliate perlu ada akaun BCL sendiri?

Mereka perlukan akaun affiliate percuma, yang mereka cipta melalui Sign-up link anda. Akaun ini berasingan daripada dashboard BCL anda: mereka hanya nampak link, referral, media pemasaran dan payout mereka sendiri.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.