Langkau ke kandungan

Kongsi Live Dashboard jualan anda

Dikemas kini

Live Dashboard ialah page web yang memaparkan jualan satu form sebaik sahaja ia berlaku: jumlah jualan, pesanan, produk paling laris dan dari mana pelawat anda datang. Anda kongsikannya sebagai link peribadi, jadi team anda, rakan kongsi atau penganjur event boleh melihat jualan tanpa log masuk ke BCL. Setiap payment form dan event form ada satu.

Page ini dikemas kini sendiri apabila bayaran masuk, dan memainkan bunyi pendek untuk setiap jualan baru. Ia memaparkan:

Bahagian Apa yang dipaparkan
Jumlah jualan dan pesanan Jumlah jualan keseluruhan bersama bilangan pesanan, pelawat dan (untuk event) peserta, kemudian jumlah jualan dan pesanan hari ini, conversion rate, purata pesanan dan bayaran yang gagal.
Lawatan dan pelanggan Lawatan ke form hari ini dan keseluruhan, bilangan pelanggan dan jumlah pesanan.
Transaksi terkini Pesanan berbayar terbaru, dengan nama pelanggan, jumlah dan nombor pesanan.
Senarai produk atau tiket Setiap produk atau jenis tiket dengan kuantiti terjual, stok yang tinggal dan jumlah jualannya.
Ranking affiliate Affiliate teratas anda mengikut jualan, apabila affiliate di-on-kan untuk form itu.
Butiran pelawat Negara, sumber teratas (seperti Facebook, Instagram, TikTok atau WhatsApp), peranti dan browser.

Butang di bahagian atas boleh off-kan bunyi, menukar antara mod cerah dan gelap, dan memaparkan page dalam skrin penuh.

Live Dashboard Kopi Kampung Coffee Festival 2026: jumlah jualan dan pesanan pada 0 kerana event itu hanya ada test payment, bersama lawatan, negara, peranti dan browser

Sesiapa yang boleh mengedit form itu boleh mencipta link-nya. Langkah-langkahnya sama untuk event form dan payment form:

  1. Pergi ke Events → Events untuk event form, atau Payments → Forms untuk payment form.

  2. Klik tiga titik di hujung baris form itu, kemudian klik Live Dashboard.

    Menu action sesuatu event dalam senarai Event Forms, dengan Live Dashboard ditanda

  3. Pop-up memaparkan No live dashboard yet. Klik Generate Token.

    Pop-up Live Dashboard untuk Kopi Kampung Coffee Festival 2026, dengan butang Generate Token ditanda

  4. Di bawah Link expires in, pilih berapa lama link itu berfungsi: 7 days, 30 days, 90 days, 180 days, Custom (1 hingga 365 hari) atau Never.

  5. Klik Confirm & generate.

    Pilihan Link expires in dan butang Confirm & generate ditanda dalam pop-up Live Dashboard

  6. Link itu keluar dalam pop-up bersama tarikh tamat tempohnya. Klik butang copy di sebelahnya, atau butang open untuk melihat dashboard dalam tab baru.

    Pop-up Live Dashboard dengan link baru, tarikh tamat tempohnya, dan butang copy dan open

Buka Live Dashboard pada form yang sama sekali lagi untuk mengurus link-nya:

  • Regenerate memberi anda link baru dengan tarikh tamat tempoh baru. Link lama terus tidak berfungsi. Sahkan dengan Confirm regenerate.
  • Delete link off-kan link itu. Sahkan dengan Confirm delete. Anda boleh mencipta link baru kemudian dengan Generate Token.

Apabila link tamat tempoh, page itu memaparkan This dashboard link has expired. Cipta link baru untuk berkongsi semula.

Beberapa perkara ini membantu pada hari launch:

  • Uji dengan bayaran sebenar, bukan test payment. Live Dashboard hanya mengira bayaran sebenar, jadi angka jualannya kekal 0 selagi form anda dalam Test Mode. Lawatan masih dikira.
  • Pilih tempoh tamat yang pendek untuk orang luar team anda. Link 7 hari untuk rakan kongsi event berhenti berfungsi sendiri selepas event.
  • Paparkan di skrin besar. Buka link itu pada TV atau laptop di booth atau pejabat anda, on-kan skrin penuh, dan team anda nampak setiap jualan yang masuk.
  • Tambah logo anda dahulu. Tab browser dashboard itu memaparkan logo daripada butiran syarikat anda.

Isu-isu biasa

Bagaimana saya dapatkan link Live Dashboard untuk memantau jualan event saya?

Di Events → Events, klik tiga titik di hujung baris event anda, kemudian Live Dashboard. Klik Generate Token, pilih bila link itu tamat tempoh di bawah Link expires in, dan klik Confirm & generate. Copy link yang keluar.

Boleh saya ada Live Dashboard untuk payment form, bukan hanya untuk event?

Boleh. Payment form ada action Live Dashboard yang sama dalam menu tiga titik setiap baris di Payments → Forms. Booking form dan lead form tidak ada.

Kenapa Live Dashboard saya kekal kosong walaupun saya sudah buat test payment?

Live Dashboard hanya mengira bayaran sebenar. Bayaran yang dibuat dalam Test Mode atau melalui sandbox Bayarcash tidak dipaparkan di situ, jadi jumlah jualan, pesanan dan peserta kekal 0. Lawatan ke form masih dikira.

Saya terkongsi link itu dengan orang yang salah. Bagaimana saya hentikannya?

Buka Live Dashboard pada form yang sama sekali lagi dan klik Delete link, kemudian Confirm delete. Atau klik Regenerate untuk mendapatkan link baru: link lama terus tidak berfungsi.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.