Langkau ke kandungan

Rekod jualan anda dalam Bukku

Dikemas kini

Bukku ialah sistem perakaunan online. Sambungkannya kepada BCL, kemudian tambah langkah Bukku pada automasi. Langkah itu boleh merekod setiap pesanan berbayar sebagai jualan dalam akaun anda, mencipta invois, merekod bayaran, membatalkan jualan atau menambah pelanggan.

Ikut langkah-langkah ini:

  1. Dalam Bukku, buka Control Panel → Integrations, on-kan API Access dan copy Access Token.

  2. Dalam BCL, pergi ke Platform Setup → Integrations. Klik Apps, kemudian klik Connect pada kad Bukku.

    Kad Bukku pada page Integrations dengan Connect ditanda

  3. On-kan Enable Bukku integration.

  4. Dalam Company subdomain, taip bahagian pertama alamat Bukku anda, contohnya kedaiali untuk kedaiali.bukku.my.

  5. Paste token itu dalam Access Token dan klik Verify Connection.

  6. Klik Save Bukku.

    Panel Bukku dengan Enable Bukku integration ditanda

Biarkan Test company on Bukku staging off. Ia hanya untuk syarikat ujian yang Bukku sediakan pada laman staging mereka.

Cara paling cepat untuk bermula ialah template di bawah Automations → Templates: Record Sales in Bukku, Email the Bukku Invoice atau Void Sale in Bukku (lihat Mulakan automasi daripada template). Untuk menambah langkah itu sendiri:

  1. Dalam automasi anda, klik Add Node dan pilih Bukku di bawah Apps & developer.

  2. Double-click langkah baru itu untuk membuka Bukku Action Settings, dan taip Action Name.

  3. Dalam Action Type, pilih apa yang langkah itu buat:

    Action Type Apa yang ia buat
    Record paid sale Merekod pesanan berbayar dalam Bukku sebagai jualan, bersama item, diskaun, caj, penghantaran dan wang yang diterima.
    Create invoice Mencipta invois yang belum dibayar untuk pesanan itu.
    Record payment Menandakan invois Bukku untuk pesanan itu sebagai sudah dibayar.
    Void sale or invoice Membatalkan jualan atau invois untuk pesanan ini, contohnya selepas refund. Taip Reason.
    Add customer Menambah pelanggan ke kenalan Bukku anda, bersama Email, Name dan Phone.
  4. Di bawah Customer, pilih The buyer, atau One contact for all sales dan kemudian Contact.

  5. Di bawah Accounts, pilih Income account untuk baris pesanan. Pilih Tax code hanya jika anda mengenakan SST. Untuk jualan atau bayaran, pilih ke mana wang itu pergi dalam Money goes to, biasanya akaun bank tempat payout Bayarcash anda masuk, dan pilih Payment method.

  6. Dalam Save as, pilih Ready, atau Draft untuk menyemaknya dalam Bukku sebelum ia dikira.

  7. Klik Save Bukku, kemudian Update Automation, dan on-kan suis automasi itu.

Langkah-langkah selepas itu boleh menggunakan nombor invois dan link Bukku yang dipulangkan oleh langkah ini. Klik Variables dalam langkah yang kemudian dan lihat di bawah From earlier nodes.

Isu-isu biasa

Di mana saya boleh cari access token dan subdomain Bukku saya?

Dalam Bukku, buka Control Panel → Integrations, on-kan API Access dan copy Access Token. Subdomain ialah bahagian pertama alamat Bukku anda, contohnya kedaiali untuk kedaiali.bukku.my.

Adakah pesanan akan direkod dua kali dalam Bukku?

Tidak. Record paid sale merekod setiap pesanan sekali sahaja.

Kenapa Record payment gagal?

Record payment menandakan invois Bukku untuk pesanan itu sebagai sudah dibayar, jadi Create invoice mesti berjalan untuk pesanan itu dahulu. Jika invois itu disimpan sebagai Draft, luluskan invois itu dalam Bukku dahulu.

Record paid sale menyatakan ia memerlukan trigger bayaran. Apa maksudnya?

Record paid sale dan Record payment memerlukan trigger yang berjalan selepas bayaran: Payment Successful, Payment Completed, Status Changed atau Order Shipped. Dengan trigger lain, guna Create invoice atau Add customer.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.