Terima kad, e-wallet & pay-later
Selain perbankan online dan DuitNow QR, form BCL boleh menerima kad kredit, e-wallet dan buy now, pay later (BNPL). BCL tidak boleh on-kan saluran ini sendiri: BCL memaparkan saluran yang Bayarcash sudah on-kan untuk portal anda. Selepas saluran itu on, anda tandakan saluran itu pada setiap form.
Saluran yang BCL tawarkan
Section titled “Saluran yang BCL tawarkan”Senarai Payment Option dalam form mengumpulkan saluran seperti ini:
| Kumpulan | Saluran | Sesuai untuk |
|---|---|---|
| Online Banking & Cards | FPX, DuitNow OBW, Line of Credit (akaun kad kredit Visa atau Mastercard daripada bank Malaysia) dan Credit Card (kad Visa atau Mastercard dari mana-mana negara) | Kebanyakan pembeli, dan pembeli yang lebih suka bayar dengan kad |
| QR Payments | DuitNow QR, dan saluran QR untuk Indonesia, Singapura, China dan Thailand | Bayar melalui aplikasi perbankan atau e-wallet |
| Buy Now, Pay Later | SPayLater QR, Boost PayFlex QR, Grab PayLater dan SPayLater | Pembelian lebih besar yang pembeli mahu bayar secara ansuran |
| E-Wallet | Touch ’n Go eWallet, Boost Wallet dan GrabPay | Pembeli yang bayar menggunakan baki e-wallet |
| Manual Payment | Cash on Delivery (COD) dan Manual Bank Transfer | Perlukan add-on COD & Manual Transfer. Lihat Terima COD & pindahan bank manual |
Minta saluran di-on-kan
Section titled “Minta saluran di-on-kan”Kad, e-wallet dan pay-later perlu di-on-kan untuk portal Bayarcash anda sebelum BCL boleh menawarkannya:
- Minta Bayarcash on-kan saluran yang anda mahu untuk portal yang form anda guna. BCL tiada butang untuk ini.
- Apabila saluran itu sudah on, buka form itu dalam BCL, pergi ke tab Payment Details dan klik ikon refresh di sebelah Portal Key, supaya BCL memuatkan semula saluran portal itu.
Dalam Test Mode, Payment Option menyenaraikan setiap saluran sandbox Bayarcash. Saluran yang anda nampak di situ hanya berfungsi secara live selepas saluran itu di-on-kan untuk portal live anda.
Tawarkan dalam form
Section titled “Tawarkan dalam form”Untuk menambah saluran ini pada form:
-
Buka form itu dan pergi ke tab Payment Details.
-
Di bawah Payment Configuration, semak Portal Key.
-
Buka Payment Option dan tandakan saluran yang mahu ditawarkan, seperti Credit Card, Grab PayLater atau Touch ’n Go eWallet.

-
Klik Update Form.
Pelanggan anda kemudian nampak saluran baru itu semasa checkout. Event form dan booking form juga ada ruangan Payment Option yang sama. Untuk payment link, pilih saluran dalam Payment Option atau biarkan pelanggan anda memilih. Lihat Cipta payment link.
Tetapkan caj untuk saluran ini
Section titled “Tetapkan caj untuk saluran ini”Setiap saluran ada rate Bayarcash sendiri. Untuk mengenakan caj kepada pelanggan anda, tetapkan caj itu pada tab Enterprise Package di Platform Setup → Gateway Fee. Tab ini meliputi Touch ’n Go eWallet, Boost Wallet, GrabPay, Grab PayLater, Credit Card dan SPayLater. SPayLater QR dan Boost PayFlex QR berada dalam tab QR Payment Channels, pada baris DuitNow QR (Malaysia).

Lihat Tetapkan caj gateway anda untuk jenis caj dan Fee Calculator. Semak dahulu rate setiap saluran dengan Bayarcash.
Beberapa tabiat ini membantu apabila anda menambah saluran ini:
- Kekalkan FPX dan DuitNow QR on juga. Saluran baru menambah pilihan; pembeli yang tiada kad atau akaun pay-later masih perlukan cara untuk bayar.
- On-kan Full Payout untuk saluran kad dan pay-later. Rate-nya dalam bentuk peratusan, dan Full Payout memastikan anda masih terima jualan penuh.
- Buat test payment selepas live. Bayar jumlah kecil dengan saluran baru itu untuk memastikan saluran itu dipaparkan dan settlement masuk ke portal yang betul.
Isu-isu biasa
Boleh saya terima kad kredit dan BNPL seperti SPayLater atau Atome dalam form BCL saya?
Kad, e-wallet dan saluran pay-later yang BCL senaraikan (SPayLater, SPayLater QR, Grab PayLater dan Boost PayFlex QR) berfungsi dalam form BCL selepas Bayarcash on-kan saluran itu untuk portal anda. Kemudian tandakan saluran itu dalam Payment Option form anda. BCL tidak memaparkan saluran Atome.
Kenapa Credit Card tiada dalam senarai Payment Option form saya?
Payment Option hanya menyenaraikan saluran yang di-on-kan untuk portal dalam Portal Key. Minta Bayarcash on-kan Credit Card untuk portal itu, kemudian klik ikon refresh di sebelah Portal Key untuk memuatkan semula senarai itu.

Apa itu Enterprise Package pada page Gateway Fee?
Di situ anda tetapkan caj gateway untuk saluran kad dan e-wallet: Touch 'n Go eWallet, Boost Wallet, GrabPay, Grab PayLater, Credit Card dan SPayLater. Caj itu hanya dikenakan selepas saluran itu di-on-kan untuk portal anda.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.