Langkau ke kandungan

Tetapkan caj penghantaran

Dikemas kini

Caj penghantaran ialah caj delivery yang pelanggan anda pilih semasa checkout. Anda tetapkan sekali sahaja dalam Shipping & Rates, dan setiap payment form yang on-kan penghantaran menggunakannya. Setiap caj boleh jadi caj tetap, caj ikut berat atau kuantiti, percuma atas jumlah tertentu, atau terhad kepada negeri tertentu.

Caj tetap mengenakan jumlah yang sama pada setiap pesanan, walau apa pun isinya. Untuk menambahnya:

  1. Pergi ke Platform Setup → Shipping & Rates. Pada tab Shipping & Rates, klik Add Shipping Option.

    Senarai Shipping Configuration dengan butang Add Shipping Option ditanda

  2. Masukkan Shipping Name, yang pelanggan anda nampak semasa checkout, dan Fixed Charge (RM). Biarkan Active on.

  3. Klik Save Shipping Configuration. Anda boleh menambah sehingga 6 pilihan penghantaran.

    Dua pilihan yang sudah disimpan, West Malaysia pada RM 8 dan Sabah and Sarawak pada RM 15, dan butang Save Shipping Configuration ditanda

Butang Free, Tiers dan Rules pada sesuatu baris hanya berfungsi selepas pilihan itu disimpan. Menyimpan mana-mana panelnya juga menyimpan keseluruhan page. Selepas sesuatu pilihan ada tier atau penghantaran percuma, kotak Fixed Charge (RM) pilihan itu jadi grey: untuk menukar jumlahnya, off-kan tier atau penghantaran percuma itu dahulu.

Table rate menukar caj mengikut saiz pesanan. Guna Weight-based (kg) untuk barang berat dan Quantity-based (units) apabila setiap item dihantar dengan cara yang sama. Untuk menyediakannya:

  1. Klik Tiers pada pilihan penghantaran yang sudah disimpan dan on-kan Enable Table Rate Shipping.

  2. Di bawah Calculation Type, pilih Quantity-based (units) atau Weight-based (kg).

  3. Di bawah Rate Tiers, klik Add Rate Tier untuk setiap peringkat dan isi lajurnya. Anda boleh menambah sehingga 20 tier.

    Lajur Apa yang perlu dimasukkan
    From Jumlah berat atau kuantiti paling kecil untuk tier ini. Mulakan tier pertama pada 0.
    Base (RM) Caj penghantaran untuk pesanan dalam tier ini.
    Additional (RM) Pilihan. Caj tambahan bagi setiap kg atau unit dalam keseluruhan pesanan, ditambah pada caj asas. Biarkan kosong untuk harga ikut peringkat yang mudah.
  4. Klik Save Table Rates.

    Table Rate Configuration dengan Weight-based (kg) dipilih dan tier dari 0 kg pada RM 8, 2 kg pada RM 12 dan 5 kg pada RM 18

Dengan tier dalam gambar, pesanan 1.5 kg bayar RM 8, pesanan 3 kg bayar RM 12 dan pesanan 6 kg bayar RM 18. BCL menggunakan tier paling tinggi yang dicapai oleh pesanan itu. Selepas tier di-on-kan, Fixed Charge (RM) pilihan itu tidak digunakan lagi.

Untuk caj ikut berat, setiap item perlu ada berat. Dalam form anda, buka item itu dengan More, isi Weight dalam kg di bawah Pricing & Purchase Settings dan klik Update, kemudian Update Form.

Ruangan Weight dalam kg pada tetapan item form

Untuk mengenakan caj lebih tinggi bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, buat satu pilihan penghantaran bagi setiap zon dan hadkan setiap satu kepada negerinya. Ini memerlukan add-on COD & Manual Transfer; tanpanya, panel Rules hanya preview.

  1. Tambah dan simpan satu pilihan bagi setiap zon, contohnya West Malaysia pada RM 8 dan Sabah and Sarawak pada RM 15.

  2. Klik Rules pada pilihan pertama. Dalam States/Cities, pilih negerinya. Countries berfungsi dengan cara yang sama untuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.

    Panel Shipping Restrictions dengan Sabah, Sarawak dan Labuan dipilih dalam States/Cities

  3. Klik Save Restrictions, kemudian ulang untuk pilihan yang satu lagi.

Selepas pelanggan memilih negeri mereka dalam form, mereka hanya nampak pilihan untuk negeri itu. Contohnya, dengan alamat Sabah, pelanggan hanya nampak Sabah and Sarawak pada RM 15:

Shipping Area sebuah form dengan alamat Sabah: Sabah and Sarawak pada RM 15, dan jumlah RM 50 untuk pesanan RM 35

Payment Channels dalam panel yang sama menghadkan sesuatu pilihan kepada kaedah bayaran tertentu, iaitu cara anda menambah caj untuk COD sahaja: lihat Terima COD & pindahan bank manual.

Form menyemak Rules semula setiap kali pelanggan menukar negeri atau kaedah bayaran:

  • Pilihan tanpa States/Cities dipaparkan untuk semua negeri.
  • Pilihan tanpa Payment Channels dipaparkan untuk semua kaedah bayaran.
  • Apabila tinggal satu pilihan sahaja, BCL memilihnya untuk pelanggan.

Oleh itu, tetapkan negeri bagi setiap pilihan. Apabila anda menetapkan Payment Channels, pastikan setiap negeri masih ada pilihan untuk setiap kaedah bayaran.

Penghantaran percuma boleh digunakan untuk setiap pesanan atau hanya atas jumlah belanja atau bilangan item tertentu. Untuk menetapkannya:

  1. Klik Free pada pilihan penghantaran yang sudah disimpan dan on-kan Enable Free Shipping.

  2. Di bawah Free Shipping When, pilih Always Free, Minimum Order Value (kemudian isi Minimum Order Amount) atau Minimum Items (kemudian isi Minimum Item Quantity).

  3. Jika mahu, tetapkan Start Date dan End Date di bawah Validity Period untuk promosi.

  4. Klik Save Free Shipping.

    Free Shipping Configuration dengan Minimum Order Value dipilih dan RM 100 dimasukkan

Apabila pesanan memenuhi syarat itu, pilihan itu dipaparkan sebagai FREE semasa checkout, walaupun ia juga ada tier. Jika tidak, caj tetap atau tier dikenakan seperti biasa: dengan tetapan di atas, pesanan RM 35 ke Sabah bayar caj penghantaran RM 15 dan pesanan RM 105 tidak bayar apa-apa.

Shipping Area dengan Sabah and Sarawak dipaparkan sebagai FREE untuk pesanan RM 105

Caj penghantaran hanya dipaparkan pada form yang memintanya. Untuk on-kan:

  1. Pergi ke Payments → Forms, klik Edit pada form anda dan buka tab Form Configuration.

  2. Di bawah Shipping & Delivery, on-kan Enable Shipping Rate.

  3. Biarkan Available Shipping Methods kosong untuk menawarkan semua pilihan yang aktif, atau pilih pilihan yang form ini patut tawarkan.

  4. Klik Update Form.

    Bahagian Shipping & Delivery dalam form dengan Enable Shipping Rate ditanda

Untuk alamat Malaysia, form meminta State, kemudian City, kemudian Postal Code, dan senarai Postal Code hanya memaparkan poskod bagi bandar yang dipilih. Poskod yang tiada dalam senarai tidak bermakna anda tidak boleh menghantar ke sana. Untuk mencarinya:

  1. Pastikan State betul.

  2. Pastikan City betul. Ini punca yang paling biasa: pelanggan selalunya menulis nama pekan mereka, sedangkan poskod itu di bawah bandar lain dalam senarai BCL. Contohnya, 89600 disenaraikan di bawah Papar, Sabah.

  3. Buka Postal Code dan pilih poskod itu, atau taip poskod itu untuk mencarinya dalam senarai.

    Ruangan alamat sebuah form dengan Sabah dan Papar dipilih, dan senarai Postal Code memaparkan 89600, 89607, 89608 dan 89609

Sesetengah bandar hanya ada satu poskod, dan itu normal. Anda tidak boleh menambah poskod ke dalam senarai sendiri: jika sesuatu poskod tiada di bawah mana-mana bandar dalam negerinya, hubungi support BCL. Caj penghantaran sendiri hanya ikut negeri, bukan poskod.

  • Namakan setiap pilihan mengikut cara pelanggan memikirkan delivery. “Semenanjung Malaysia” atau “Sabah dan Sarawak” lebih jelas semasa checkout daripada nama servis kurier.
  • Timbang satu parcel yang sudah dibungkus sebelum anda tetapkan tier. Kotak dan bahan pelapik menambah berat, jadi bundarkan Weight setiap item ke atas mengikut berat yang kurier betul-betul caj.
  • Off-kan Active dan bukan padam pilihan bermusim. Pilihan yang tidak aktif mengekalkan tier dan rules-nya tetapi tidak dipaparkan semasa checkout.

Isu-isu biasa

Bagaimana saya boleh mengenakan satu caj untuk Semenanjung Malaysia dan caj lain untuk Sabah dan Sarawak?

Tambah dan simpan dua pilihan penghantaran dalam Platform Setup → Shipping & Rates, contohnya West Malaysia pada RM 8 dan Sabah and Sarawak pada RM 15. Kemudian, klik Rules pada setiap pilihan dan pilih negerinya dalam States/Cities. Rules memerlukan add-on COD & Manual Transfer. Tanpa add-on itu, pelanggan nampak kedua-dua pilihan dan memilih sendiri.

Saya sudah tetapkan caj ikut berat tetapi pelanggan tidak boleh memilihnya. Kenapa?

Pesanan itu tiada berat. Pilihan ikut berat tidak boleh dipilih selagi jumlah berat 0 kg. Buka setiap item dalam form itu dengan More dan isi Weight dalam kg, kemudian klik Update Form.

Boleh penghantaran jadi percuma apabila pelanggan berbelanja RM 100 atau lebih?

Boleh. Klik Free pada pilihan penghantaran itu, on-kan Enable Free Shipping, pilih Minimum Order Value, masukkan 100 dalam Minimum Order Amount dan klik Save Free Shipping. Pesanan di bawah RM 100 tetap bayar caj tetap pilihan itu.

Poskod pelanggan saya tiada dalam senarai. Adakah itu bermakna kami tidak boleh menghantar ke sana?

Tidak. Senarai Postal Code hanya memaparkan poskod bagi City yang dipilih. Semak State dan City dahulu: poskod itu mungkin di bawah bandar lain daripada yang pelanggan tulis, contohnya 89600 di bawah Papar, Sabah.

Kenapa form memilih penghantaran Sabah dan Sarawak apabila pelanggan saya di Kuala Lumpur memilih Manual Bank Transfer?

Rules pada pilihan penghantaran anda menyembunyikan pilihan yang betul untuk kaedah bayaran itu. Pilihan West Malaysia anda ada Payment Channels tanpa Manual Bank Transfer, jadi pilihan itu hilang. Pilihan Sabah and Sarawak anda pula tiada States/Cities, jadi pilihan itu dipaparkan untuk semua negeri. Apabila tinggal satu pilihan sahaja, BCL memilihnya untuk pelanggan.

Pergi ke Platform Setup → Shipping & Rates. Klik Rules pada pilihan West Malaysia, tambah Manual Bank Transfer dalam Payment Channels atau biarkan kosong, dan klik Save Restrictions. Kemudian klik Rules pada pilihan Sabah and Sarawak, pilih Sabah, Sarawak dan Labuan dalam States/Cities, dan klik Save Restrictions.

Boleh saya tetapkan penghantaran percuma untuk bayaran online di Semenanjung, RM 10 untuk COD, dan RM 15 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa COD di sana?

Boleh, dengan add-on COD & Manual Transfer. Dalam Platform Setup → Shipping & Rates, tambah dan simpan tiga pilihan penghantaran:

- Semenanjung pada RM 0. Dalam Rules, pilih negeri Semenanjung dalam States/Cities. Dalam Payment Channels, pilih semua kaedah bayaran kecuali Cash on Delivery (COD). - Semenanjung COD pada RM 10. Dalam Rules, pilih negeri yang sama, dan pilih Cash on Delivery (COD) sahaja dalam Payment Channels. - Sabah, Sarawak, Labuan pada RM 15. Dalam Rules, pilih Sabah, Sarawak dan Labuan dalam States/Cities.

Kemudian buka tab Channel Restrictions dan klik Add Channel Restriction. Pilih Cash on Delivery (COD), tetapkan Mode kepada Hide In dan pilih Sabah, Sarawak dan Labuan. Klik Save Channel Restrictions. Selepas itu, form memaparkan satu pilihan sahaja bagi setiap negeri dan kaedah bayaran, dan BCL memilihnya untuk pelanggan.

Bagaimana saya boleh menghalang pelanggan di Sabah dan Sarawak daripada membeli?

Sembunyikan semua kaedah bayaran untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. BCL tiada tetapan untuk menyekat negeri, tetapi pelanggan tidak boleh membayar jika tiada kaedah bayaran. Di Platform Setup → Shipping & Rates, buka tab Channel Restrictions dan klik Add Channel Restriction. Pilih kaedah bayaran dalam Payment Channel, biarkan Mode pada Hide In, dan pilih Sabah, Sarawak dan Labuan dalam States (Malaysia). Tambah satu baris untuk setiap kaedah bayaran dalam form anda. Kemudian, klik Save Channel Restrictions.

Anda boleh menambah sehingga 5 baris, jadi cara ini sesuai untuk sehingga 5 kaedah bayaran. Peraturan ini hanya berfungsi pada form yang meminta alamat pelanggan. Apabila pelanggan memilih Sabah, Payment Method tidak menunjukkan sebarang pilihan, dan pelanggan tidak boleh membayar.

Bagaimana saya boleh menghalang pelanggan di Sabah dan Sarawak daripada membeli?

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.