Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Guna domain anda sendiri

Dikemas kini

Read in English

Pelanggan anda boleh membuka payment form BCL anda pada domain anda sendiri, seperti order.yourshop.com, dan bukan pada alamat bcl.my. Anda halakan domain itu ke BCL dalam DNS anda, kemudian on-kan dalam BCL.

Anda memerlukan perkara ini sebelum menyediakan custom domain:

  • Akaun BCL yang disambungkan kepada akaun Bayarcash yang sudah diluluskan. Lihat Sambungkan akaun Bayarcash anda.
  • Peranan account owner atau admin dalam BCL.
  • Domain milik anda, dan akses kepada tetapan DNS-nya di penyedia domain anda atau di Cloudflare.

Di penyedia DNS anda, tambah satu rekod dengan nilai ini:

  • Type: A
  • Name: domain atau subdomain yang anda mahu guna, contohnya order untuk order.yourshop.com
  • IPv4 address: 210.79.174.16

Di Cloudflare, pergi ke DNS → Records, klik Add record, masukkan nilai di atas dan off-kan Proxy status supaya ia menunjukkan DNS only. Kemudian klik Save.

Form Add record Cloudflare dengan type A, name order, IPv4 address 210.79.174.16 dan proxy status ditetapkan kepada DNS only

Selepas rekod DNS disimpan:

  1. Klik nama syarikat anda di bahagian bawah sidebar dan pilih Team Profile. Anda juga boleh pergi ke Team → Team Profile di sidebar.

    Account Menu dibuka di atas kad akaun, dengan Team Profile ditanda

  2. Page Merchant Settings dibuka pada tab General Settings. Di bawah Custom Domain, on-kan Use Custom Domain.

    Tab General Settings dalam Merchant Settings dengan suis Use Custom Domain ditanda

  3. Dalam Domain, masukkan domain anda tanpa https://, contohnya order.yourshop.com. Kotak di sebelah kiri mengingatkan anda tentang alamat rekod A.

    Use Custom Domain di-on-kan, dengan ruangan Domain ditanda dan peringatan DNS di sebelah kiri

  4. Klik Save Settings.

    Bahagian Custom Domain dengan butang Save Settings ditanda

Selepas perubahan DNS tersebar, payment form anda dibuka pada domain anda. Entri Merchant Domain pada tab Merchant Information menunjukkan alamat yang sedang digunakan oleh BCL.

Isu-isu biasa

Boleh domain saya terus membuka payment form, tanpa /form/ dalam alamatnya?

Boleh. Tetapkan homepage anda untuk membuka satu payment form, dan domain anda akan terus ke payment form itu. Lihat Kongsi homepage BCL anda.

Kenapa domain saya belum membuka BCL walaupun saya sudah menyediakan semuanya?

Perubahan DNS mengambil masa untuk tersebar ke seluruh internet. Tunggu sebentar dan cuba lagi. Di Cloudflare, semak juga bahawa Proxy status di-off-kan (DNS only).

Di mana saya boleh beli domain?

Anda boleh mendaftar domain di kedai domain Web Impian. Selepas domain itu aktif, tambah rekod DNS dalam panduan ini untuk menghalakannya ke BCL.

Kenapa BCL kata domain saya sudah digunakan?

Akaun BCL lain sudah menyimpan domain itu. Setiap domain hanya boleh dimiliki oleh satu akaun. Guna subdomain lain, seperti order.yourshop.com.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.