Apa itu Protected Content?
Protected Content ialah add-on yang mengunci produk digital anda di dalam BCL. Anda pautkan video, fail, teks atau link peribadi pada sesuatu yang anda jual. Apabila pelanggan membayar, BCL memberi mereka link akses sendiri, dan mereka mengesahkan kod sekali guna (OTP) sebelum kandungan itu dibuka. Link yang di-forward tidak berguna kepada orang lain.
Bagaimana pembeli mendapat akses
Section titled “Bagaimana pembeli mendapat akses”Aliran yang sama berlaku untuk setiap kandungan:
-
Pelanggan membeli item pada payment form anda, atau tiket pada event form anda, yang ada kandungan dilindungi dipautkan padanya.
-
BCL mencipta akses mereka sebaik sahaja bayaran berjaya. Page resit memaparkan Your Content is Ready! dengan satu butang untuk setiap kandungan, dan BCL menghantar e-mel Your Protected Content is Now Available kepada mereka.

-
Pelanggan membuka link mereka dan memilih tempat untuk menerima kod 6 digit: Email, SMS atau WhatsApp.
-
Mereka memasukkan kod itu dan kandungan itu dibuka. Browser itu kekal disahkan, jadi mereka tidak perlu kod baru setiap kali.
Pelanggan juga boleh mencari semula kandungan mereka dalam Customer Portal, dari Access Link yang anda kongsi, atau dari page resit.
Apa yang anda boleh lindungi
Section titled “Apa yang anda boleh lindungi”Anda memilih satu Content Type untuk setiap kandungan:
| Jenis kandungan | Sesuai untuk | Butiran |
|---|---|---|
| Video | Kelas online, rakaman webinar, video khas untuk ahli, live stream pay-per-view | YouTube, Vimeo, Facebook atau kod embed anda sendiri. Lindungi video |
| Text | Arahan, kod ahli, password, nota terima kasih | Teks berformat dengan nama pembeli dan nombor pesanan. Lindungi kandungan teks |
| File | eBook, panduan PDF, template, pakej ZIP | Sehingga 10 fail, 5MB setiap satu. Lindungi fail |
| Redirect URL | Group Telegram atau WhatsApp peribadi, kursus di laman web lain | Link itu hanya didedahkan selepas kod. Hantar pembeli ke link peribadi |
Ciri-ciri
Section titled “Ciri-ciri”Protected Content ada bahagian-bahagian ini:
| Ciri | Apa fungsinya | Ketahui lebih lanjut |
|---|---|---|
| OTP melalui e-mel, SMS atau WhatsApp | Hanya pembeli boleh membuka link akses mereka | Kawalan akses |
| Access Type | Dibuka serta-merta, hanya antara dua tarikh, atau untuk beberapa hari selepas pembelian | Kawalan akses |
| Maximum Devices | Mengehadkan bilangan peranti yang boleh guna akses seorang pembeli pada masa yang sama | Kawalan akses |
| Maximum Downloads | Mengehadkan berapa kali pembeli boleh muat turun fail | Lindungi fail |
| Show on Receipt | Meletakkan butang kandungan pada page resit | Kawalan akses |
| Preview | Memaparkan page kandungan sama seperti yang pembeli nampak | Cipta kandungan dilindungi |
| Pautan pada item dan tiket | Item payment form dan tiket event memberi akses apabila dibayar | Beri pembeli akses kepada kandungan dilindungi |
| Grant Buyer Access | Memberi akses kepada orang yang membeli sebelum anda memautkan kandungan itu | Beri pembeli akses kepada kandungan dilindungi |
| Customer Access | Menyenaraikan setiap pembeli, tarikh, tontonan dan peranti mereka; hantar semula atau tarik balik akses | Urus siapa yang ada akses |
| Link Access Finder | Satu link untuk pembeli mencari akses mereka dengan e-mel atau nombor telefon | Urus siapa yang ada akses |
| Perlindungan video | Menyekat klik kanan, copy, seret dan shortcut biasa untuk simpan dan developer tools pada page video | Lindungi video |
| Page stream pay-per-view | Stream player dengan tema, Watch on TV dan ad break secara live | Jual live stream pay-per-view |
| API dan AI tools | Baca kandungan dan pembeli, tukar status, tajuk dan akses melalui API atau MCP | Urus kandungan dilindungi melalui API |
Link akses juga ada dalam variable automasi dan dalam webhook bayaran, jadi anda boleh menghantarnya melalui WhatsApp atau ke sistem anda sendiri.
On-kan add-on
Section titled “On-kan add-on”Protected Content ialah add-on OTP-Protected Content, yang anda on-kan di bawah Add-ons di sidebar. Selagi add-on ini belum on, menu Protected Content membuka page tentang add-on itu dan bukan kandungan anda. Selepas di-on-kan, menu itu memaparkan senarai kandungan anda.

Sedia untuk bermula? Lihat contoh sebenar, atau terus ke Cipta kandungan dilindungi.
Isu-isu biasa
Bagaimana saya jual kandungan yang pelanggan mesti bayar dahulu sebelum boleh menontonnya?
Guna add-on OTP-Protected Content. Cipta kandungan itu di bawah Protected Content, pautkan pada item payment form atau tiket event, dan BCL memberi setiap pembeli yang sudah membayar link akses sendiri yang hanya dibuka selepas kod sekali guna.
Boleh pelanggan off-kan OTP?
Tidak boleh. Kod sekali guna sentiasa diperlukan. Kod inilah yang menghalang pembeli daripada berkongsi link dengan kawan-kawan, kerana kod itu hanya dihantar ke e-mel, telefon atau WhatsApp pembeli sendiri.
Boleh saya guna link Google Drive dan bukan kandungan dilindungi?
Boleh, sebagai Download Link pada item itu (lihat Jual produk digital). Cara ini tidak memerlukan add-on, tetapi sesiapa yang mendapat link itu boleh membukanya. Protected Content meminta kod sekali guna dahulu.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.