Mulakan event daripada template atau fail JSON
Anda tidak perlu membina event form dari page kosong. BCL ada template event yang sedia ada, dan anda boleh copy mana-mana event ke akaun lain sebagai fail JSON.

Mulakan daripada template
Section titled “Mulakan daripada template”BCL menyediakan 10 template event dalam empat kumpulan: Sports (Charity Run, Football Match), Gathering (Concert / Festival, Gala Dinner, Annual Dinner), Seminar (Tech Conference, Workshop / Seminar, Free Webinar / Talk) dan Corporate (Corporate Training, Product Launch). Setiap kad memaparkan jenis event, jenis tiket dengan harganya, dan jumlah stok.
-
Pergi ke Events → Events dan klik Templates.
-
Klik satu kumpulan untuk mengecilkan senarai, atau scroll melalui All.

-
Klik Use Template pada template yang paling hampir.

BCL mencipta event itu dan membukanya untuk diedit. Event itu dinamakan mengikut template, ada contoh jenis tiket, tempat placeholder dan tarikh dalam beberapa minggu akan datang, dan di-off-kan supaya belum ada sesiapa yang boleh membeli. Sebelum anda berkongsi event itu:
- Tukar Event Name, Event URL Slug, Description, tarikh dan tempat kepada butiran anda sendiri.
- Pada tab Event Details, pilih Payment Option. Template membiarkannya kosong, dan BCL tidak akan menyimpan event tanpanya.
- Edit jenis tiket dan harga, kemudian klik Update Event.
- Pada senarai Event Forms, on-kan Enable Form untuk event itu.
Copy event dengan Export JSON
Section titled “Copy event dengan Export JSON”Export JSON menyimpan event dan jenis tiketnya sebagai fail yang boleh anda import ke akaun BCL lain:
-
Pada senarai Event Forms, klik ⋮ pada baris event itu, kemudian Export JSON. Fail itu dimuat turun ke komputer anda.

-
Dalam akaun yang patut menerima event itu, pergi ke Events → Events dan klik Import JSON.
-
Upload fail itu dalam JSON File (sehingga 5 MB), kemudian klik Submit.

Event baru itu dibuka untuk diedit, dengan “-imported” ditambah pada slug-nya. Tetapan dan jenis tiketnya turut dibawa, termasuk harga, stok, diskaun dan pelan tempat duduk. Portal key, pixel tracking, webhook, kandungan dilindungi dan template sijil tidak dibawa. Tetapkan semula semua itu dalam akaun baru.
Template dan import ialah salinan, jadi semak dahulu sebelum anda menjual:
- Semak salinan sebelum anda berkongsi. Selepas import, semak masa mula dan tamat event itu serta suis Enable Form pada senarai Event Forms.
- Simpan satu export sebagai backup. Export JSON ialah cara cepat untuk menyimpan persediaan sesuatu event sebelum anda membuat perubahan besar.
- Guna semula event anda sendiri juga. Untuk copy event dalam akaun yang sama, klik ⋮ pada barisnya dan pilih Clone Event.
Isu-isu biasa
Apakah cara paling cepat untuk mula menjual tiket event?
Di Events → Events, klik Templates dan pilih contoh yang paling hampir dengan event anda. BCL mencipta event itu dengan contoh jenis tiket untuk anda edit.
Kenapa event daripada template saya memaparkan 'The payment Option field is required' semasa saya simpan?
Template tidak memilih kaedah bayaran. Buka tab Event Details, pilih sekurang-kurangnya satu Payment Option, kemudian klik Update Event sekali lagi.
Boleh saya copy event dari satu akaun BCL ke akaun lain?
Boleh. Dalam akaun pertama, klik ⋮ pada baris event itu dan pilih Export JSON. Dalam akaun yang satu lagi, klik Import JSON pada page Event Forms dan upload fail itu.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.