Peranan & kebenaran team
Setiap orang dalam akaun BCL anda ada peranan. Peranan itu menentukan menu yang mereka nampak, dan untuk peranan Team anda juga memilih kebenaran satu demi satu. Anda menetapkan kedua-duanya semasa anda menambah ahli team. Lihat Tambah ahli team.
Tiga peranan
Section titled “Tiga peranan”Pilih peranan yang sepadan dengan tugas orang itu:
- Admin ada akses penuh kepada akaun, termasuk Team Profile, Team Members dan tetapan bayaran. Beri peranan ini hanya kepada orang yang anda percayai dengan seluruh perniagaan anda.
- Team adalah untuk staf. Mereka hanya nampak bahagian yang anda on-kan untuk mereka.
- Crew Event adalah untuk pembantu event yang hanya check-in peserta. Dalam Allowed Events for Check-In, anda boleh hadkan mereka kepada event tertentu.
Peranan anda sendiri dipaparkan pada kad akaun anda di bahagian bawah sidebar.
Kebenaran untuk peranan Team
Section titled “Kebenaran untuk peranan Team”Apabila anda memilih Team, anda on-kan setiap kebenaran secara berasingan. Kebanyakan bahagian ada empat suis, contohnya Can View Payment Forms, Can Create Payment Forms, Can Update Payment Forms dan Can Delete Payment Forms. Bahagian-bahagiannya ialah:
- Transaksi (lihat sahaja)
- Payment form, kupon dan template sijil
- Event form dan check-in event
- Kandungan yang dilindungi
- Lead form dan penyerahannya
- Booking form, servis booking dan pekerja
- Booking: lihat senarai dan kalendar, dan tukar status sesuatu booking

Ahli tidak boleh create, update atau delete dalam sesuatu bahagian melainkan mereka juga boleh view bahagian itu.
Kongsi data antara staf
Section titled “Kongsi data antara staf”Secara default, ahli Team hanya nampak data mereka sendiri, seperti form dan transaksi yang mereka cipta. Untuk membenarkan setiap ahli melihat semua data akaun anda:
-
Klik nama syarikat anda di bahagian bawah sidebar dan pilih Team Profile.
-
Pada tab General Settings, di bawah Data Access, on-kan Show data for all team members.

-
Klik Save Settings.
Lihat BCL seperti yang ahli nampak
Section titled “Lihat BCL seperti yang ahli nampak”Admin boleh log masuk sebagai ahli lain untuk menyemak akses mereka:
-
Buka Team Member dari Account Menu.
-
Klik Impersonate pada baris ahli itu. Butang ini hanya dipaparkan pada baris ahli lain.

-
Apabila anda sudah selesai, klik Leave pada bar Impersonating di atas nama anda.
Isu-isu biasa
Kenapa staf saya tidak nampak transaksi yang dibuat oleh staf lain?
Ahli dengan peranan Team hanya nampak data mereka sendiri secara default. Untuk membenarkan mereka melihat data semua orang, on-kan Show data for all team members dalam Team Profile dan klik Save Settings.
Bagaimana saya boleh semak apa yang seorang staf boleh nampak?
Di Team Members, klik Impersonate pada baris mereka. Anda melayari BCL sebagai mereka. Klik Leave pada bar Impersonating di atas nama anda untuk kembali.
Boleh ahli Team menukar tetapan bayaran?
Tidak boleh. Tetapan team, ahli team dan tetapan bayaran hanya untuk admin.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.