Langkau ke kandungan

Terima bayaran dari Singapura dengan NETS

Dikemas kini

Tawarkan NETS pada form (0:17)

NETS membolehkan pelanggan di Singapura membayar anda dengan scan kod QR menggunakan aplikasi perbankan Singapura mereka. NETS ialah salah satu saluran QR cross-border dalam BCL, bersama QRIS (Indonesia), PromptPay (Thailand), Alipay dan WeChat Pay. Anda tetap menerima bayaran dalam RM.

NETS hanya berfungsi selepas Bayarcash on-kan saluran itu untuk portal anda. Lihat Minta saluran di-on-kan. Kemudian:

  1. Buka form itu dan pergi ke tab Payment Details.
  2. Buka Payment Option dan, di bawah QR Payments, tandakan NETS Singapore.
  3. Klik Update Form.

Event form dan booking form juga ada ruangan Payment Option yang sama.

Semasa checkout, pelanggan memilih NETS Singapore di bawah Payment Method. Ia menyenaraikan bank yang disokong NETS, dan Total to pay menunjukkan via NETS Singapore:

Senarai Payment Method dengan NETS Singapore dipilih, senarai bank yang disokongnya, dan Payment Summary yang menunjukkan Total to pay via NETS Singapore

Form yang menawarkan lebih daripada lima saluran bayaran akan mengumpulkannya, dan NETS berada di bawah QR Payments. Apabila kumpulan itu ada lebih daripada tiga saluran QR, NETS disenaraikan di bawah tajuk Singapore. Selepas pelanggan klik Complete Payment, mereka dibawa ke page bayaran Bayarcash untuk selesaikan bayaran dengan aplikasi perbankan Singapura mereka.

Jumlahnya sentiasa dalam RM. BCL tiada harga SGD dan tiada pilihan tukar mata wang: form, resit, transaksi dan export semuanya dalam RM. Aplikasi perbankan pelanggan memaparkan jumlah yang sudah ditukar kepada SGD, mengikut rate bank mereka sendiri, sebelum mereka sahkan. Maklumkan perkara ini kepada pelanggan Singapura dalam penerangan form anda, supaya harga RM itu tidak mengejutkan mereka.

Puncanya biasanya bank pelanggan. Checkout BCL menyenaraikan DBS Bank, POSB, HSBC, Maybank, OCBC, Standard Chartered dan UOB, tetapi support Bayarcash memaklumkan buat masa ini bayaran hanya berjaya daripada DBS, OCBC dan UOB. Senarai ini boleh berubah.

Jika bayaran NETS pelanggan Singapura gagal:

  • Tanya aplikasi bank mana yang mereka guna. Jika bank lain, minta mereka cuba dengan akaun DBS, OCBC atau UOB.
  • Tawarkan kad juga, jika saluran kad sudah di-on-kan untuk portal anda: lihat Terima kad, e-wallet & pay-later.
  • Jika bank yang disokong masih gagal, hubungi support Bayarcash dengan nombor pesanan dan masa bayaran itu dicuba.

NETS berkongsi satu caj dengan saluran QR cross-border yang lain: baris DuitNow QR (Cross-Border) pada tab QR Payment Channels di Platform Setup → Gateway Fee. Lihat Tetapkan caj gateway anda.

Isu-isu biasa

Kenapa pelanggan saya dari Singapura tidak dapat bayar dengan NETS?

Selalunya bank mereka belum menyokong QR cross-border NETS. Support Bayarcash memaklumkan buat masa ini bayaran berjaya daripada DBS, OCBC dan UOB. Minta pelanggan yang menggunakan bank lain bayar dengan kad, jika portal anda ada saluran kad.

Jika saya tawarkan NETS, boleh form memaparkan harga dalam SGD?

Tidak. Form, resit dan laporan BCL dalam RM sahaja. Pelanggan anda nampak jumlah dalam RM, dan aplikasi perbankan Singapura mereka menukarnya kepada SGD mengikut rate bank mereka semasa mereka bayar.

Caj gateway yang mana digunakan untuk NETS?

Baris DuitNow QR (Cross-Border) pada tab QR Payment Channels di Platform Setup → Gateway Fee. Satu rate meliputi NETS, QRIS, PromptPay, Alipay dan WeChat Pay.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.