Langkau ke kandungan

Hadkan stok pada payment form

Dikemas kini

Hadkan stok pada payment form (0:24)

Stok ialah berapa banyak sesuatu item boleh dijual pada payment form. Secara default, ia Unlimited. Tetapkan kepada Limited untuk apa-apa yang bilangannya terhad: apabila stok mencecah 0, pembeli melihat item itu sebagai habis stok dan tidak boleh membuat order.

Pada form dengan Multiple Items, setiap item dalam List of Items ada stok sendiri:

  1. Pergi ke Payments → Forms, klik Edit pada form itu dan buka tab Payment Details.

  2. Dalam List of Items, tetapkan Stock item itu kepada Limited.

  3. Masukkan kuantiti dalam kotak yang muncul di bawahnya, sehingga 9,999.

    Jadual List of Items dengan Stock item pertama ditetapkan kepada Limited dan 20 dimasukkan, ditanda

  4. Klik Update Form.

BCL menolak stok bagi setiap order. Untuk menambah stok kemudian, edit form itu dan tukar nombornya.

Pada form dengan Items with Variations, setiap pilihan, seperti saiz M, ada stok sendiri:

  1. Pada tab Payment Details, buka variasi itu dalam Variation Items.

  2. Dalam lajur Stock pilihan itu, pilih Limited dan masukkan kuantiti.

    Pilihan bagi variasi Size, dengan pilihan M ditetapkan kepada Limited dan 20, ditanda

  3. Klik Update Form.

Untuk berhenti menjual satu pilihan buat sementara tanpa menukar stoknya, off-kan suis Active pilihan itu.

Stock notice memaparkan label di sebelah item yang stoknya hampir habis. Ia berfungsi untuk Multiple Items:

  1. Dalam List of Items, buka tab Item Settings.

  2. Di bawah Stock Notice, on-kan Stock notice.

  3. Tetapkan Warning Level dan Danger Level dalam unit, contohnya 10 dan 5.

    Bahagian Stock Notice dengan Stock notice di-on-kan, serta ruangan Warning Level dan Danger Level ditanda

  4. Klik Update Form.

Pembeli melihat stok pada form dan tidak boleh membuat order melebihi baki yang ada:

Keadaan Multiple Items Items with Variations
Stok ialah Limited Bilangan yang ada, seperti 20 available Tiada paparan tambahan
Stok pada atau di bawah Warning Level Limited: 8 remaining Tidak digunakan
Stok pada atau di bawah Danger Level, atau 10 atau kurang untuk sesuatu pilihan Only 4 left! 4 left di sebelah pilihan itu
Stok ialah 0 Out of Stock, dan item itu tidak boleh dipilih Sold out pada pilihan itu; All options are sold out apabila semuanya habis

Pada form Multiple Items dengan Stock notice di-on-kan, paparannya seperti ini: item pertama berada pada atau di bawah Danger Level, item kedua habis stok dan item ketiga di atas Warning Level. Butang + berhenti pada bilangan yang tinggal.

Item form seperti yang pembeli lihat: Only 3 left! di bawah item pertama, Out of Stock pada item kedua, dan 20 available di bawah item ketiga

Jika variasi yang wajib dipilih sudah habis, pembeli dimaklumkan bahawa order tidak boleh diselesaikan buat masa ini. Jika unit terakhir terjual semasa pembeli masih di form, mereka menerima mesej habis stok apabila cuba membayar, dan kuantiti mereka dikosongkan.

BCL menolak stok sebaik pembeli klik untuk membayar, sebelum mereka sampai ke bank. Ini menghalang dua pembeli membayar untuk unit terakhir yang sama. Stok itu kekal ditolak semasa bayaran masih pending. Ia dikembalikan apabila bayaran gagal atau dibatalkan, termasuk apabila anda sendiri membatalkan order itu. Lihat Buat refund kepada pelanggan.

  • Semak stok selepas membatalkan order. Bayaran yang dibatalkan atau gagal mengembalikan unitnya, jadi nombor pada form boleh naik dan juga turun.
  • Guna Purchase Limit untuk berkongsi stok secara adil. Di bawah More pada sesuatu item, Purchase Limit menetapkan berapa banyak yang boleh dibeli oleh seorang pembeli dalam satu transaksi.
  • Tutup form apabila semuanya sudah habis dijual. Form yang semua itemnya habis stok masih boleh dibuka; lihat Tutup atau unpublish form.

Isu-isu biasa

Bagaimana saya hadkan stok sesuatu produk?

Edit form itu dan, pada tab Payment Details, tetapkan Stock item itu kepada Limited dalam List of Items (atau pada pilihan itu dalam Variation Items). Masukkan berapa banyak yang boleh dijual, sehingga 9,999, kemudian klik Update Form.

Adakah stok ditolak sebelum pelanggan membayar?

Ya. BCL menolak stok sebaik pembeli klik untuk membayar, supaya dua pembeli tidak boleh membayar untuk unit terakhir yang sama. Jika bayaran itu kemudian gagal atau dibatalkan, stok itu dikembalikan.

Boleh saya tunjukkan kepada pembeli bahawa stok tinggal sedikit?

Boleh, untuk Multiple Items. Dalam List of Items, buka Item Settings, on-kan Stock notice dan tetapkan Warning Level dan Danger Level. Pilihan variasi memaparkan baki stok dengan sendirinya apabila tinggal 10 atau kurang.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.