Jejak pembelian dalam Google Analytics 4
Google Analytics 4 (GA4) menunjukkan berapa ramai orang yang melawat homepage dan form BCL anda, dan siapa antara mereka yang membayar. Anda menyambungkannya sekali untuk seluruh akaun anda: Measurement ID untuk lawatan dan Measurement Protocol API secret untuk pembelian.
Ini event yang property GA4 anda terima daripada BCL:
| Event | Bila | Dihantar dari |
|---|---|---|
| page_view | Pelanggan membuka homepage, form atau resit anda. | Browser |
| begin_checkout | Pelanggan klik butang bayar. Pada lead form, event ini ialah generate_lead. | Browser |
| purchase | Bayaran berjaya. Termasuk nombor pesanan, amaun dan nama form. | Server BCL |
Pembelian dihantar dari server BCL, jadi ad blocker tidak dapat menghalangnya. Ia hanya dihantar untuk bayaran yang berjaya; pesanan COD dan pindahan bank yang masih pending dihantar apabila anda tandakannya sebagai dibayar.
Dapatkan Measurement ID & API secret anda
Section titled “Dapatkan Measurement ID & API secret anda”Anda perlukan kedua-dua nilai ini dari Google Analytics:
- Dalam Google Analytics, pergi ke Admin → Data streams dan klik web stream anda.
- Copy Measurement ID. ID itu bermula dengan G-.
- Pada page yang sama, buka Measurement Protocol API secrets, klik Create, beri nama (contohnya BCL) dan copy Secret value.
Sambungkan Google Analytics kepada BCL
Section titled “Sambungkan Google Analytics kepada BCL”Tetapan ini berada pada page Integrations dan meliputi setiap form dalam akaun anda.
-
Pergi ke Platform Setup → Integrations.

-
Buka tab Google.

-
Di bawah Google Analytics, paste ID anda ke dalam Measurement ID dan secret anda ke dalam Measurement Protocol API secrets.

-
Klik Save Google Analytics Configuration.

Beberapa perkara ini menjadikan laporan GA4 anda lebih berguna:
- Semak pembelian dalam BCL. Pergi ke Tools → Marketing Logs dan buka tab Google Analytics. Setiap baris ialah pembelian yang BCL hantar ke property anda. Lihat Semak pembelian yang dihantar ke pixel anda (Marketing Pixel Logs).
- Tandakan purchase sebagai key event. Dalam Google Analytics, pergi ke Admin → Events dan tandakan purchase sebagai key event, supaya ia dipaparkan sebagai conversion dalam laporan anda.
- Juga menjalankan Google Ads? GA4 tidak menggantikan tag Google Ads pada form. Tambahkan tag itu pada setiap form: lihat Jejak conversion Google Ads pada form.
Isu-isu biasa
Adakah saya perlu tambah Google Analytics pada setiap form?
Tidak. Google Analytics ditetapkan sekali untuk akaun anda di bawah Platform Setup → Integrations → Google, dan ia meliputi homepage dan semua form anda.
Kenapa saya nampak lawatan dalam Google Analytics tetapi tiada pembelian?
Pembelian dihantar dari server BCL, yang memerlukan nilai Measurement Protocol API secrets. Tambahkannya di sebelah Measurement ID anda dan simpan.
Kenapa BCL kata Measurement ID saya tidak sah?
ID itu mesti ID Google Analytics 4: G- diikuti 10 huruf dan nombor, contohnya G-AB12CD34EF. ID Universal Analytics lama (UA-) tidak boleh digunakan.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.