Langkau ke kandungan

Paparkan kiraan detik

Dikemas kini

Paparkan kiraan detik sebelum form dibuka (0:18)

BCL ada kiraan detik di empat tempat: sebelum payment form dibuka, pada kempen derma, pada page event dan sebagai blok pada landing page. Setiap satu mengira detik hingga tarikh yang anda tetapkan, dalam waktu Malaysia. Pilih yang sesuai dengan apa yang anda jual.

Guna ini untuk melancarkan jualan pada masa yang ditetapkan. Sebelum masa itu, pembeli nampak Opening Soon, tarikh form dibuka dan kiraan detik, bukan form itu. Untuk menetapkannya:

  1. Pergi ke Payments → Forms dan klik Edit pada form itu.

  2. Buka tab Form Configuration. Di bawah Schedule, pilih tarikh dan masa dalam Available From.

    Bahagian Schedule dengan ruangan Available From ditanda

  3. Klik Update Form.

Sehingga itu, pembeli nampak tarikh dan masa form dibuka serta kiraan detik dalam hari, jam, minit dan saat:

Page Opening Soon dengan tarikh form dibuka dan kiraan detik hari, jam, minit dan saat

Form dibuka sendiri pada masa itu. Untuk menutupnya pada satu tarikh juga, tetapkan Available Until: lihat Tutup atau unpublish form.

Form derma boleh mengira detik hingga kempen tamat. Untuk on-kan kiraan detik ini:

  1. Edit form itu. Pada tab Payment Details, Type of Form mesti Donation.

  2. Buka tab Donation. Di bawah Campaign Timer, pilih End Date dan on-kan Show countdown on form.

  3. Pilihan: on-kan Close form when expired supaya form berhenti menerima derma pada tarikh tamat.

    Bahagian Campaign Timer dengan Show countdown on form ditanda

  4. Klik Update Form.

Event form memaparkan Event Starts In dengan kiraan detik hingga event bermula, tanpa perlu apa-apa tetapan:

Kiraan detik Event Starts In pada page event, dengan hari, jam, minit dan saat

Untuk mengira detik hingga perkara lain, seperti tamatnya jualan early bird:

  1. Pergi ke Events → Events, klik Edit pada event itu dan buka tab Event Configuration.

  2. Di bawah Countdown Timer, on-kan Customize Countdown.

  3. Isi Timer Title, seperti Pendaftaran Ditutup Dalam, dan pilih Countdown End Date & Time.

    Bahagian Countdown Timer dengan Customize Countdown on, dan ruangan Timer Title serta Countdown End Date & Time ditanda

  4. Klik Update Event.

Dengan kiraan detik custom, pendaftaran ditutup apabila ia sampai sifar, kecuali Allow Late Registration on. Untuk menyembunyikan kiraan detik, on-kan Disable Countdown Timer di bawah Event Status.

Form yang Type of Form ditetapkan kepada Landing Pages boleh ada blok Countdown di mana-mana bahagian page. Untuk menambahnya:

  1. Edit form itu dan klik Edit Landing Page pada tab Payment Details.

  2. Di bawah Blocks, klik Countdown. Blok itu muncul pada page dan tetapannya dibuka di sebelah kanan.

  3. Di bawah Target Settings, pilih Target Date dan Target Time. Di bawah Display Units, pilih mana satu antara hari, jam, minit dan saat yang mahu dipaparkan, dan tukar labelnya jika anda mahu.

    Landing page builder dengan blok Countdown ditanda, serta tetapan Target Date dan Target Time

  4. Klik Save Now.

Kiraan detik ini hanya untuk paparan. Ia tidak membuka atau menutup form itu.

  • Padankan kiraan detik dengan tarikh akhir yang sebenar. Jika pemasa menyatakan tawaran tamat, tetapkan juga Available Until atau Close form when expired supaya form itu benar-benar ditutup pada masa itu.
  • Masukkan setiap tarikh dalam waktu Malaysia. Kiraan detik menggunakan waktu Malaysia (MYT), walaupun untuk pembeli di negara lain.

Isu-isu biasa

Boleh saya letak kiraan detik pada form saya?

Boleh, di empat tempat: Available From pada payment form memaparkan kiraan detik Opening Soon sehingga form dibuka, Campaign Timer pada form derma mengira detik hingga tarikh tamatnya, event mengira detik hingga ia bermula, dan landing page boleh ada blok Countdown.

Boleh kiraan detik event menunjukkan bila pendaftaran ditutup, bukan bila event bermula?

Boleh. Pada tab Event Configuration, on-kan Customize Countdown, kemudian isi Timer Title (contohnya Pendaftaran Ditutup Dalam) dan Countdown End Date & Time. Pendaftaran ditutup apabila kiraan detik itu tamat, kecuali Allow Late Registration on.

Adakah kiraan detik menutup payment form saya apabila sampai sifar?

Hanya sesetengahnya. Kiraan detik Opening Soon membuka form, form derma ditutup pada tarikh tamat hanya jika Close form when expired on, dan blok Countdown pada landing page hanya untuk paparan. Untuk menutup payment form pada satu tarikh, tetapkan Available Until.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.