Langkau ke kandungan

Hantar kupon sendiri kepada setiap pelanggan

Dikemas kini

Langkah Send coupon memberi setiap pelanggan kod kupon mereka sendiri untuk pesanan seterusnya. Setiap kod hanya boleh digunakan sekali. Langkah ini copy diskaun dan peraturan kupon yang anda sudah ada, dan kod itu sah untuk bilangan hari yang anda pilih.

Template Thank-You Coupon menunggu 7 hari selepas bayaran, mencipta kod yang sah selama 14 hari dan menghantarnya melalui e-mel kepada pembeli. Template ini ada di Automations → Templates (lihat Mulakan automasi daripada template).

Kad template Thank-You Coupon dengan Use template ditanda

Template Bonus Content for Big Orders juga menggunakan langkah ini: pesanan yang lebih kecil mendapat kupon supaya pelanggan kembali membeli lagi.

Cipta kupon yang hendak di-copy dahulu, di bawah Coupons. Kemudian:

  1. Dalam automasi anda, klik Add Node dan pilih Send coupon di bawah Sales & content.

    Menu Add Node dengan Send coupon, Unlock content dan Revoke access di bawah Sales & content

  2. Double-click langkah baru itu untuk membuka Send Coupon Settings, dan taip Action Name.

  3. Dalam Copy from coupon, pilih kupon anda.

  4. Dalam Valid for, taip bilangan hari kod itu boleh digunakan.

  5. Dalam Code starts with, taip satu perkataan pendek, seperti THANKS, atau biarkan kosong.

  6. Klik Save Send Coupon.

  7. Tambah langkah Send Email atau WhatsApp selepasnya. Masukkan kod itu dalam mesej dengan {new_coupon_code}. Anda juga boleh guna {new_coupon_discount} dan {new_coupon_expiry}.

  8. Klik Update Automation dan on-kan automasi itu.

Klik Variables dalam langkah selepas itu untuk mencari variable ini di bawah From earlier nodes.

Isu-isu biasa

Adakah saya perlu ada kupon sebelum menambah langkah Send coupon?

Ya. Cipta kupon di bawah Coupons dahulu (lihat Cipta kupon diskaun). Langkah ini copy diskaun, peraturan dan form yang dibenarkan daripada kupon itu ke dalam kod sekali guna yang baru untuk setiap pelanggan.

Bagaimana pelanggan mendapat kod itu?

Langkah ini mencipta kod tetapi tidak menghantarnya. Tambah langkah Send Email atau WhatsApp selepasnya, dan masukkan {new_coupon_code} dalam mesej.

Kod baru bermula dengan apa?

Dengan teks dalam Code starts with, huruf dan nombor sahaja. Jika anda biarkan kosong, kod itu bermula dengan kod kupon yang anda copy.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.