Paparkan pembelian terkini pada form anda
Social Proof memaparkan pop-up kecil pada form anda setiap kali seseorang membuat bayaran, seperti “Aina just bought Pour-Over Brewing eBook (2 minutes ago)”. Apabila pelawat baru nampak orang lain membeli, lebih mudah untuk mereka membuat keputusan. Ciri ini berfungsi pada payment form, event form dan booking form.
On-kan Social Proof
Section titled “On-kan Social Proof”Anda boleh on-kan ciri ini untuk mana-mana form yang sedia ada:
-
Pergi ke Payments → Forms dan klik Edit pada payment form itu.
-
Buka tab Miscellaneous Settings.

-
Di bawah Social Proof, on-kan Enable Social Proof.

-
Pilih tetapan yang anda mahu:
- Time Period: sejauh mana ke belakang pesanan dipaparkan, dari Last 24 hours hingga Last 30 days. Default ialah Last 7 days.
- Position: sudut skrin tempat pop-up keluar, seperti Top Right.
- Shuffle Order: memaparkan pesanan secara rawak pada setiap lawatan.
- Text Color dan Background Color: padankan pop-up dengan reka bentuk anda.
-
Klik Update Form.

Ini rupa pop-up pada payment form:

Isu-isu biasa
Kenapa tiada pop-up yang keluar walaupun saya sudah on-kan Social Proof?
Pop-up hanya memaparkan pesanan yang sudah dibayar dalam Time Period yang anda pilih. Jika form itu belum ada bayaran yang berjaya dalam tempoh itu, tiada apa yang dipaparkan. Cuba tempoh yang lebih panjang, seperti Last 30 days.
Apa yang dipaparkan dalam pop-up?
Nama pembeli seperti yang mereka masukkan, apa yang mereka beli dan berapa lama dahulu, contohnya "Daniel Lim just bought Cold Brew Recipe Cards (7 minutes ago)".
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.