Langkau ke kandungan

Urus affiliate anda

Dikemas kini

Semua orang yang menyertai program affiliate anda disenaraikan di bawah Affiliate → Affiliates. Dari situ anda meluluskan affiliate baru, melihat berapa yang setiap affiliate sudah peroleh, menetapkan rate komisen khas untuk seseorang, dan menggantung atau membuang affiliate.

Senarai ini ada page sendiri dalam menu Affiliate:

  1. Di sidebar, pergi ke Affiliate → Affiliates.

    Menu Affiliate di sidebar BCL, dengan Affiliates ditanda

  2. Senarai Affiliate Users menunjukkan nama dan e-mel setiap affiliate, telefon, Status, bilangan Referrals yang berjaya, Unpaid dan Total Earnings, butiran bank dan bila mereka Joined. Jika komisen multi-tier on, lajur Parent Affiliate menunjukkan upline setiap orang.

    Senarai Affiliate Users dengan empat affiliate, Parent Affiliate dan pendapatan mereka, dengan tajuk lajur ditanda

  3. Klik satu baris untuk membuka butiran affiliate itu: User Information, Bank Details, Commission Settings, Referral Statistics, dan jawapan yang mereka beri semasa menyertai program.

    Affiliate Details untuk seorang affiliate, dengan maklumat pengguna, butiran bank dan statistik referral

Guna Filter untuk mencari affiliate mengikut Status, Join Date, Has Referrals atau Has Bank Details. Export All memuat turun senarai itu sebagai fail Excel, dengan lajur yang anda pilih.

Panel Filter dengan filter Status ditanda

Setiap affiliate ada satu daripada tiga status:

Status Maksudnya
Active Boleh mempromosikan form anda dan mendapat komisen.
Pending Menyertai program semasa Require Manual Approval on. Tidak mendapat apa-apa sehingga anda meluluskan mereka.
Suspended Dihentikan oleh anda. Tidak mendapat komisen sehingga anda aktifkan mereka semula.

Setiap tindakan ada dalam menu Actions di hujung baris affiliate itu:

  1. Pergi ke Affiliate → Affiliates dan cari affiliate itu. Untuk melihat pendaftaran baru sahaja, filter mengikut Status → Pending.

  2. Buka Actions dan pilih tindakan:

    Tindakan Guna untuk
    Approve Affiliate Membenarkan affiliate yang pending mula mendapat komisen dengan segera.
    Suspend Affiliate Menghentikan affiliate yang aktif daripada mendapat komisen.
    Activate Affiliate Membenarkan affiliate yang digantung mendapat komisen semula.
    Remove from Team Mengeluarkan mereka daripada program anda. Tindakan ini tidak boleh dibatalkan.

    Menu Actions seorang affiliate dengan View Details, Commission Settings, Assign Parent Affiliate, Suspend Affiliate dan Remove from Team

  3. Sahkan dalam tetingkap yang dibuka, contohnya Yes, suspend affiliate.

    Tetingkap Suspend Affiliate dengan butang Yes, suspend affiliate ditanda

Menu itu hanya menunjukkan tindakan yang sesuai dengan status affiliate itu: Approve Affiliate untuk affiliate yang pending, Suspend Affiliate untuk yang aktif dan Activate Affiliate untuk yang digantung.

Affiliate yang digantung atau pending juga menghentikan rantaian multi-tier: upline di atas mereka tidak mendapat apa-apa daripada jualan di bawah mereka.

Rate khas menggantikan rate biasa dan rate per form anda untuk affiliate itu sahaja:

  1. Buka menu Actions affiliate itu dan pilih Commission Settings.

  2. Untuk menukar rate mereka pada semua form, on-kan Enable Custom Commission, pilih Commission Type (Percentage (%) atau Flat Amount (RM)) dan masukkan Commission Rate.

  3. Untuk menukar rate mereka pada satu form sahaja, klik Add Form Override di bawah Per-Form Override, pilih form itu dan masukkan jenis dan rate-nya.

  4. Klik Submit.

    Commission Settings untuk seorang affiliate, dengan suis Enable Custom Commission ditanda

BCL menggunakan rate pertama yang dijumpainya, mengikut susunan ini: override per form affiliate itu, rate default khas mereka, rate form itu sendiri, kemudian rate program anda. Affiliate yang ada rate khas menunjukkan Custom di bawah bilangan referral mereka.

Jika multi-tier on dan Apply To ditetapkan kepada Selected Affiliates Only, Commission Settings juga ada Enable Multi-Tier for this Affiliate.

Dengan komisen multi-tier, setiap affiliate boleh ada seorang upline yang mendapat komisen daripada jualan mereka. Untuk menetapkan atau menukarnya:

  1. Buka menu Actions affiliate itu dan pilih Assign Parent Affiliate.
  2. Dalam Parent Affiliate (Upline), pilih upline itu, atau kosongkan ruangan ini untuk membuang upline.
  3. Klik Submit.

Assign Parent untuk seorang affiliate, dengan ruangan Parent Affiliate (Upline) ditanda

On-kan Private Affiliate Program di bawah Affiliate → Settings untuk menyembunyikan program anda daripada senarai merchant yang boleh dilihat dan disertai oleh affiliate. Orang hanya boleh menyertainya melalui link pendaftaran atau link log masuk yang anda hantar kepada mereka. Lihat Jemput affiliate menyertai program anda.

Dua amalan yang memudahkan anda mengurus senarai ini:

  • Filter mengikut Has Bank Details sebelum payout. Affiliate yang tiada butiran bank tidak boleh dibayar melalui pindahan.
  • Gantung, jangan buang. Penggantungan boleh dibatalkan dengan Activate Affiliate; affiliate yang dibuang tidak boleh dikembalikan.

Isu-isu biasa

Boleh saya semak affiliate sebelum mereka mula promosi?

Boleh. On-kan Require Manual Approval di Affiliate → Settings. Affiliate baru menyertai program sebagai Pending dan tidak mendapat apa-apa sehingga anda buka menu Actions mereka di Affiliate → Affiliates dan pilih Approve Affiliate.

Suis Private Affiliate Program dan Require Manual Approval ditanda
Boleh saya bayar seorang affiliate pada rate lebih tinggi daripada yang lain?

Boleh. Buka menu Actions affiliate itu, pilih Commission Settings, on-kan Enable Custom Commission dan masukkan rate mereka. Guna Add Form Override untuk rate berbeza pada satu form.

Bagaimana saya pastikan program saya hanya melalui jemputan?

On-kan Private Affiliate Program di Affiliate → Settings. Program anda kemudian disembunyikan daripada senarai merchant yang boleh dilihat oleh affiliate, dan hanya orang yang anda hantar link pendaftaran atau link log masuk boleh menyertainya.

Suis Private Affiliate Program dan Require Manual Approval ditanda

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.