Hantar notifikasi WhatsApp dengan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap
BCL boleh menghantar mesej WhatsApp kepada pelanggan anda, kepada anda, atau kepada kedua-duanya, apabila bayaran berjaya atau gagal. Mesej dihantar dari nombor WhatsApp anda sendiri melalui Wabot, Wasapbot atau Nakwasap, jadi anda memerlukan akaun dengan salah satu daripadanya.
Sambungkan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap
Section titled “Sambungkan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap”Mula dalam dashboard provider anda (Wabot, Wasapbot atau Nakwasap): sambungkan nombor WhatsApp anda dan copy maklumat sambungannya. Wabot dan Wasapbot memberi anda Access Token dan Instance ID. Untuk Nakwasap, cipta API key di bawah Settings → Developers dan catat nama instance bagi nombor yang anda sambungkan. Kemudian, dalam BCL:
-
Di sidebar, pergi ke Platform Setup → Integrations.

-
Cari kad Wabot, Wasapbot atau Nakwasap. Klik WhatsApp di bahagian atas kanan untuk memaparkan kad WhatsApp sahaja. Kemudian klik Connect pada kad provider anda. Satu panel dibuka dengan panduan ringkas.

-
Di bawah API Credentials, on-kan Enable Wabot integration (atau Enable Wasapbot integration, Enable Nakwasap integration).
-
Paste Access Token dan Instance ID, kemudian klik Verify Connection di atas token itu. Anda sepatutnya nampak Connection Successful bersama nama WhatsApp anda.

Untuk Nakwasap, ruangannya ialah API Key dan Instance Name.

-
Masukkan Admin phone number yang akan menerima notifikasi admin. Semua provider WhatsApp berkongsi nombor ini, dan sesuatu form boleh menghantar notifikasinya ke nombor lain.
-
Klik Save Wabot (atau Save Wasapbot, Save Nakwasap).

Suis pada kad itu boleh on-kan atau off-kan provider itu kemudian. Maklumat sambungan anda kekal disimpan semasa ia off.
On-kan notifikasi untuk form
Section titled “On-kan notifikasi untuk form”Anda memilih provider dan mesej pada setiap form. Payment form, event form dan booking form ada page Notifications; lead form ada tab WhatsApp Notifications yang serupa di bawah Additional.
-
Buka form itu, contohnya di bawah Payments → Forms, dan klik Edit.
-
Klik Notifications, kemudian tab WhatsApp Notifications. Selagi belum ada provider yang disambungkan, tab ini memaparkan Connect a WhatsApp provider first dan suis-suisnya berwarna grey. Manage di sebelah WhatsApp Provider membuka kad WhatsApp pada page Integrations.

-
Pilih WhatsApp Provider anda: Wabot, Wasapbot atau Nakwasap. Provider yang belum disambungkan memaparkan (Not connected) dan tidak boleh dipilih. Jika perlu, masukkan Admin Phone (Override) untuk menghantar notifikasi admin form ini ke nombor lain.
-
On-kan mesej yang anda mahu: Enable Success WhatsApp (Customer), Enable Failed WhatsApp (Customer), Enable Success WhatsApp (Admin) dan Enable Failed WhatsApp (Admin).

-
Tulis setiap template, atau klik Use Default untuk template yang sedia ada. Klik Variables untuk melihat placeholder seperti
{name},{amount}dan{receipt_url}. Setiap mesej boleh mengandungi sehingga 1,000 aksara. -
Klik Save Notification Settings.
Untuk kawalan lebih, seperti peringatan atau mesej pada masa lain, gunakan langkah Send Wabot, Send Wasapbot atau Send Nakwasap dalam automasi BCL. Lihat Hantar WhatsApp selepas bayaran.
Isu-isu biasa
Bagaimana saya sediakan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap dalam BCL?
Sambungkan nombor WhatsApp anda dalam dashboard provider anda dan copy maklumat sambungannya: Access Token dan Instance ID untuk Wabot atau Wasapbot, API Key dan Instance Name untuk Nakwasap. Kemudian pergi ke Platform Setup → Integrations, klik Connect pada kad provider itu, on-kan integrasi, paste maklumat sambungan, klik Verify Connection dan klik Save Wabot (atau Save Wasapbot, Save Nakwasap).
Notifikasi WasapBOM saya sudah tidak berfungsi. Apa yang perlu saya buat?
WasapBOM tidak lagi disokong. Jika ia masih on untuk team anda, Platform Setup → Integrations memaparkan kad WasapBOM: klik Switch off pada kad itu, kemudian Switch off WasapBOM. Sambungkan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap, kemudian pilih provider baru dalam tab WhatsApp Notifications setiap form.
Kenapa tetapan WhatsApp pada form saya berwarna grey?
Belum ada provider WhatsApp yang disambungkan. Tab itu memaparkan Connect a WhatsApp provider first. Sambungkan Wabot, Wasapbot atau Nakwasap di Platform Setup → Integrations, kemudian muat semula form itu.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.